Sabtu, 30 September 2017

Kon Gemilang - Another Sundae Cone from McD

Sempena menyambut Hari Malaysia, kita boleh makan aiskrim sundae dengan kon Gemilang - hanya di McDonald. Perisa aiskrim adalah jagung. Kepada peminat jagung sekalian... jom makan aiskrim sundae kon Gemilang! 

Dijual dengan harga RM2.95 sahaja... seriously ice-cream ni memang best. Kenapa ianya dipanggil Kon Gemilang? Tengok sahaja rupanya yang seakan bendera Malaysia. Kon warna merah, then dibalut dengan paper Jalur Gemilang. Lepas tu aiskrim pun warna kuning. Semuanya warna bendera Malaysia.

Apa-apapun kena rasa juga aiskrim ni. 


Ahad, 24 September 2017

Jaga Kucing Bengal

Actually ni adalah kucing my sister. Oleh kerana mereka bercuti ke Phnom Penh, jadi tak ada orang jaga kucing-kucing ni. Sebelum ni ada orang gaji. Sekarang dah tak ada. Nak simpan di pet hotel... tak berbaloi. Ada 12 ekor semuanya. 

Memandangkan rumah kami paling dekat ngan rumah my sis, jadi sayalah yang jaga semua kucing ni. Yang penting bagi makan, tukar air dan bersihkan tempat.

Di rumah... saya ada seekor kucing saja. Tu pun sebenarnya kucing jiran tapi dah tinggal di rumah. Tak banyak nak kena buat sebab tak aktif. Suka tidur dan makan. Haha. Tapi makan tu punyalah memilih. Nak wetfood. Tak nak kibbles. 

Okay. So inilah kucing yang perlu dijaga tu. Yang ni badan besar. Suka main. Tapi tak banyak bunyi. Jenis bengal cat.

Ni time aktif. Comel betul. 😍

Ni anak-anak dia. Ada banyak lagi sebenarnya. Yang bengal warna putih pun ada. Persian pun ada. Bagi penggemar kucing... memang heaven la. Tapi kalau dah banyak kucing... banyak juga nak kena buat. Ubat-ubatan lagi... nak mandikan lagi... makanannya lagi...

Ni anak kucing bengal punya pasal. Terlepas dari kurungan. Punya susah nak tangkap. Nakal bebenar.

Ahad, 17 September 2017

Tips Menghadapi Pegawai Yang Goyang Kaki dan Pass Kerja

source Pinterest

Dah la goyang kaki, pass semua kerja kat kita. Dah siap kerja tu... dia pula yang dapat nama. Jom saya bagi enam tips untuk menghadapi masalah ni. Lepas ni saya panggil 'pegawai yang suka goyang kaki' tu sebagai Si Pemangsa.

1. Cc dan Bcc semua emel.
Apa-apa sahaja kerja yang Si Pemangsa suruh kita buat... kita boleh buat. Tapi dengan syarat... semua kerja-kerja tu cc atau bcc kepada boss dan sewaktu dengannya. Biarlah mereka tahu siapa yang buat kerja. Contohnya paperwork yang sepatutnya Si Pemangsa disuruh buat... then dia pass dengan sesuka hati suruh kita buat dari A-Z. Tak apa... kita buat sahaja kerja tu. Tapi.. jangan lupa cc dan bcc emel kepada boss.


2. Berbincang dengan boss
Tak salah sekiranya kerja (yang Si Pemangsa suruh kita buat) tu kita bawa berbincang dengan boss. Misalnya minta pendapat atau komen tentang draf paperwork. Tujuannya... selain mendapat input, tapi supaya mereka tahu kita yang buat kerja tu.


3. Buat aduan
Jangan takut untuk mengadu. Sekiranya keadaan bertambah parah, buatlah aduan kepada pihak atasan. Ada bukti boleh mengukuhkan aduan tersebut.


4. Ignore
Sekiranya Si Pemangsa masih tak reti nak sedar yang dia tu asyik pass kerja, then dia relax goyang kaki tapi dapat nama... ada kalanya kita perlu ignore juga orang macam tu. Tak bermaksud nak melawan. Tapi nak bagi dia sedar sikit. Contohnya : Boss suruh dia buat sesuatu tugasan. Tapi dia pass terus kat kita semuanya dari A - Z. Ignore sahajalah. Nanti dia juga yang tanya oleh boss. Kalau dia tanya kita... kita bagi alasan seperti maklumat tak mencukupi, ada tugasan yang lebih pentingg untuk diselesaikan, atau terlepas pandang. Kita buat part kita sahaja. Lain-lain... dia punya pasal.


5. Confront
Sebagai staf atau rakan sekerja... kita punya hak untuk bercakap. Buat appoinment untuk berjumpa Si Pemangsa dan terangkan kekangan yang kita hadapi.


6. Request untuk pindah
Kalau semua tips di atas tak berkesan... peluang terakhir adalah minta pindah. Kalau quit susah sikit sebab nak cari kerja baharu tu punyalah susah. Apa nak jadi... jadilah. Dah memang naik menyampah dengan boss sedemikian rupa. Ntah macam mana boleh jadi boss kalau asyik goyang kaki. Guide tak bagi. Arahan yang clear pun tak ada. Yang lagi jahat, dia claim semua kerja dia buat. Ciss.


P/S - Tak mudah nak hadapi situasi begini. Terutama sebagai staf yang ada batas untuk menangani perkara ini terutama dari segi authority. Nanti kena cop melawan...dia bagi SKT kita rendag pula. Tapi kita juga mempunyai hak untuk defend diri kita. Management yang bagus tentunya akan alert dan mengambil tindakan terhadap masalah yang dihadapi.

Resepi Tauhu Kering Goreng

Memandangkan stok fuu chok masih ada di rumah... dan teringin nak cuba resepi baru selain masak campur dengan sup sayur... akhirnya saya cuba resepi fuu chok goreng.

Bahan-bahan:
  • 1 pek tauhu kering (fuu chok)
  • Tepung fried chicken
  • Minyak masak


Cara-caranya:
  • Rendamkan fuu chock di dalam air sehingga menjadi lembut.
  • Setelah lembut, potong ikut nak besar macam mana.
  • Gaulkan bersama tepung fried chicken. Kemudian goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan.
  • Saya suka goreng sekejap sahaja bagi mengelakkan terlalu garing.
  • Toskan di tisu untuk elak minyak berlebihan.

Rabu, 13 September 2017

Nasi Goreng Segera (Ready-to-Eat-Meal)

Time ada kelas malam sahaja... selalu tak sempat dinner awal. Yalah. Punch out sepatutnya jam 0530PM, tapi confirm akan drag sampai jam 6 lebih. Kelas mula jam 7PM. Lastly untuk alas perut... cari minuman tin. Biasanya beli green tea (Heaven & Earth) sebab tu paling sedap, boleh cool down stress dan tak menyebabkan mengantuk.

Habis kelas jam 10PM. Kedai makan banyak dah tutup kalau area tempat saya tu. Buka pun kedai mamak. Kalau rajin... di rumah sempat masak lagi. Makanan yang simple sahaja seperti sup sayur. Paling malas... makan Maggi sajalah atau buka makanan tin.

Kadang-kadang lepas kelas suka singgah kedai 7 Eleven (dekat ngan rumah) cari something untuk dikunyah. Then suatu hari tu nampak ready-to-eat-meals ni. Made by Kota Kinabalu Food Industries. Dijual di kedai serbaneka 7 Eleven KK. Saya pun try satu. Mula-mula try Chicken Basil with Rice (time tu masih makan ayam lagi). Okay gak rasanya. 

Lama-lama tu terfikir.. baik saya beli produk ni sahaja untuk dinner lepas kelas malam. So far my favorite adalah Sambal Fried Rice. Agak pedas sebenarnya but memang sedap. Vegetable Fried Rice pun not bad dan sesuai untuk vegetarian. Satu pek dijual dengan harga RM6.20. Mihun goreng pun ada. Harga RM4.20. Tapi saya prefer nasi. Hehe.

Sekarang saya tak makan ayam dan daging. Saya cuba Vegetarian Fried Rice. Hafiz pula cuba Tom Yum Fried Rice. Nak prepare tu senang sahaja. Panaskan dalam microwave dan dah siap. Boleh makan.

Taadaa! Saya suka makan ngan kicap dan salad seperti timun atau butterhead. Nampak sikit tapi kalau makan... kenyang juga. Ni yang vegetarian. Ada campur cendawan juga.


Tom Yum Fried Rice ada simpan fishball dan isi ketam.

Ni my favorite. Saya rasa paling sedap antara semua. Dalam tu ada fishball dan ikan bilis juga. 

Nak tau dalam ni ada ayam atau tak... boleh tengok di ingredients. Kalau ada ayam... ada tulis 'contain chicken bla bla bla'. Kalau vegetarian... ada tulis 'vegetarian'. Info senang nak tau la.

Jadi jangan lupa try frozen food ni. Terutama sambal fried rice. Memang nice.

Sabtu, 9 September 2017

Mi Udang, Daily Restaurant, Foh Sang, Damai

Antara mi udang yang nampak simple tapi antara yang paling best. Jom try di restoran Daily a.k.a Kedai Kopi Daily yang terletak di Foh Sang, Damai.

Actually kalau boleh hari-hari nak pergi sini tapi oleh kerana terlampau makan banyak udang menyebabkan alergik yang teruk (sekarang pun tengah dalam ke-arlegik-kan... dah seminggu)... maka tak dapat nak pergi setiap hari la.

Anyway, this prawn mee MUST TRY. Boleh pilih nak mi kuning atau mee hoon. Saya suka mee hoon. Kuah mi udang ni memang sedap. Selain udang, bahan lain yang dicampur termasuk telur, sayur kangkung dan fish cakes. 

Nak makan menu lain pun ada such as sotong kangkung dan bubur ikan. By the way, satu mangkuk mi udang ni tak mahal sangat. Dalam RM6 semangkuk.. Nak lepak di kedai kopi pun pun boleh sebab buka dari petang sampai ke pagi. Boleh order lagi makanan sambil bersembang sakan.

Dealing With Xxxps 🦀

Baru-baru ni pack sangat jadual. Tekanan weh. Nak buat preparation untuk next big meeting lagi. Malas nak cakap dengan detail tapi saya tengah menghadapi environment yang kurang mesra. Seriously... am I dealing with stupid(s)? Apple polishers, kipas angin, otak lutut, tukang taichi kerja semua tampil dengan jayanya nowadays. My works tak la perfect sangat, but honestly those people do nothing. Gaji jalan.... malah lebih besar pun ada. Suruh makan dia makan... suruh buat kerja dia tak mahu. For the sake of nation, my teams hanya mampu buat yang terbaik. Lain-lain... we hope all those 呂 sila hilang dari pandangan. They don't deserve anything!!

Okay. New semester dah bermula. Terkejar-kejar kelas malam. Subjects pun tough. Sangat penat okay. Fizikal dan mental. Balik rumah after 10PM terus collapse. Exausted punya pasal. Masa tidur pun kacau. Kejap ngantuk... tidur dulu. Tengah malam baru nak mandi. Lepas mandi... segar balik. Then mata tak nak lelap. Akhirnya buat blog. Dalam kepala banyak benda rasa nak buat. Nak release tension pergi jalan-jalan ke Gaya Street... pergi tengok wayang etc. But ingat balik kerja-kerja office yang kurang menarik dan suasana yang tidak memuaskan langsung, terus hilang selera nak berjalan ke mana-mana. Nasib baik Sabtu ni tak ada kelas. Dah ganti semalam. Kalau tak... hadoiii tak bestnya.

Nasib baik jugalah another annoying person yang dulu-dulu selalu stalk sia urang tu.... (alaaa... yang selalu maki-maki sebab jealous punya pasal tu) sekarang ni macam tiada lagi cerita. Lenyap dari pandangan. Baguslah. Bikin semak ja. Kalau hot, boleh consider lagi. Ini... suda la tidak hot... bikin geli lagi ada la. Puiihh!!! P/S - Mohon terasa.

Anyway, saya masih tak story story lagi cerita dramatik yang saya lalui. Nak cerita... but don't know how to start. Yang cerita tahun lepas pun ada juga yang best dan sedikit paranormal... but sama juga. Tak tau macam mana nak start. Another side of the story sangat peribadi buat saya. Perhaps the best way adalah bagi hint sajalah. Tak perlu share yanh details sangat. Macam 呂 stories di atas tu ☝. Just to express the feeling. Its ok to be bad sometimes. 

Kenapalah mata ni tak nak tidur lagi...

Rabu, 6 September 2017

Backpackers August Part 3 - i City, Shah Alam

Lepas rehat bagai... kami pun meneruskan perjalanan seterusnya iaitu ke.... i-City, Shah Alam 😍 

Ni lagi satu cerita. Selama saya dua tahun belajar di Shah Alam... tak pernah pergi i-City. Kesian betul 😂 Maklumlah... tempat saya belajar tu di Puncak Perdana. Jauh sikit la. Nak kena naik keta baru dapat sampai ke i-city.

Apa-apapun, dah tertunai impian selama ni. Lagipun sekarang i-city lebih cantik dan meriah. By the way, kalau nak masuk ke i-city tak perlu bayar apa-apa kecuali tiket parking. Untuk nak main permainan, perlu beli kad terlebih dahulu (RM8 sahaja). Kad tu boleh top-up jumlah yang kita nak. So everytime nak ke i-city, jangan lupa bawa kad ni okay!

Benda ni la yang saya nak main dulu. Ngeheheheh...

Ada banyak jenis permainan yang available di sini. Saya pun tak tau apa nama permainan tu tapi memang kids punya mainan la. Nak merasa snow pun boleh. Ada juga muzium 3D dan lain-lain.

Yeay! Pemandangan dari atas.

Yeaaay!

Kalau berhajat untuk tengok lampu-lampu yang cantik di i-city, better datang awal sikit. Nanti lambat sangat tak ada parking kerana i-city sentiasa penuh dengan orang. Saya datang pada jam 0630PM.



Ada berani? House of Horror. Masa ni saya tak masuk kerana ramai yang berbaris. Banyak lagi area saya perlu explore ni. Nanti tak cukup masa. 


Red Carpet. Nak masuk perlu bayar tiket. Dalam ni ada patung celebrities...alah.... ala-ala macam Madame Tussauds.

Sun Wukong!!
-
-
-
-
-
-
-
-


Lampu-lampu yang cantik di i city. 😍



Cantik 😍


Sebenarnya ada banyak kedai di sekitar i-city ni. Nak makan KFC... Subway pun ada juga. Oleh kerana saya sukakan Subway, so kami cari kudapan kat sini la. My favorite. Vege Delight. Roti honey oat bersama sos cili + sweet onion.

Lepas makan... cuci mata sekejap tengok lampu yang colorful, then kami blah ke Kuala Lumpur balik. Zzz...

P/S- Esoknya dah check out. Sebelum ke airport, jalan-jalan dul area Negeri Sembilan dan cari makan di sana. So untuk trip tiga hari dua malam ni, kami ke Pahang, Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Next time nak buat trip Pantai Timur lagi. InShaaAllah

Isnin, 4 September 2017

Bla Bla Bla...

Update blog yang kurang consistent... Ada sampai seminggu tak buat entry baharu. Haisshh.... Tapi tak la sampai ke tahap setahun tak aktif... (mood deactivate).

By the way, semester ni terpaksa amik Law. Apa boleh buat. Secara tak langsung boleh la asah sikit kepala otak yang tengah study benda berkaitan governan ni. Makin lama makin minat pula. Lebih berminat banding masa handle risk management dulu.

Tak tidur lagi. Dah dekat jam 3 pagi. Dan... dalam bilik ni rasanya ada beberapa 'aktviti'. Baik buat tak tahu sahaja. Semalam masa tengah tengok TV tiba-tiba angin bertiup di area tengkuk. Rasa rambut juga terbang ditiup angin. Terasa macam kipas pun ada?. Tapi... kalau kipas tentu setiap masa rasa sejuk di tengkuk. Ni kejap saja.  Ntah. Malas nak peduli sangat...

Lebih baik tak nampak apa-apa dari nampak benda yang tak sepatutnya kita nampak. Kerana ianya boleh menganggu mood. Seriously. Tak tipu. Saya bersyuku kerana tahap saya tak extreme seperti orang lain. Ada orang yang sampai boleh 'masuk' ke tempat lain. Pernah tengok tak Dr. Strange? Yang scene girlfriend bedah hero... tapi hero tu instruct kena buat apa. Tu la dia.


Saya masih tak cerita lagi kisah dramatik yang saya telah lalui. Actually tak tau nak mula dari mana. Lagipun, takut nanti ada orang salah anggap yang saya ni nak meraih populariti dengan cerita yang... some orang kata mengarut. Mungkin mereka tak pernah rasa lagi keadaan yang kurang normal a.k.a paranormal. Seperti... dengar suara orang menyanyi sayup-sayup, ataupun... suddenly bau darah hanyir... atau... ada perempuan berbaju putih pegang kita dan terasa tangan perempuan tu sangat sejuk seperti ais.

Jangan menidakkan semua ini. Kerana semuanya ciptaan Allah S.W.T. Perlu percaya tetapi tak perlu takut kerana mereka juga tidak terkecuali bila tiba The End of Day nanti. Banyak benda di alam semesta ni masih tak diketahui. Betapa kerdilnya kita ni kan?

Ahad, 3 September 2017

Backpackers August Part 3 - Batu Caves, Selangor

Lepas sahaja dari Bukit Tinggi (baca Part 2 di sini), kami pun meneruskan perjalanan kembali ke Kuala Lumpur. Tapi sebelum tu... singgah dahulu ke Batu Caves yang terletak di Gombak, Selangor. 
Walaupun saya pernah belajar di Semenanjung untuk tempoh dua tahun, tapi tak pernah ke Batu Caves lagi. Jadi inilah masanya untuk menunaikan cita-cita tersebut.

Masa tu agak traffic jam juga tapi berjaya masuk ke dalam Batu Caves akhirnya. Untuk masuk ke parking lot perlu bayar entrance fee tapi tak mahal. Dalam RM2 atau RM2.50 macam tu kalau tak silap. Tempat parking sangat luas, so tak perlu risau tak dapat parking.

Gerai-gerai menjual kalung bunga segar banyak terdapat di tepi jalan sebelum masuk ke Batu Caves. Bunga-bunga ini terdiri dari bunga jasmin, kekwa dan macam-macam lagi.

Antara tempat yang ada di Batu Caves

Akhirnya sampai juga ke sini! Punya excited.

Di belakang saya adalah tugu Dewa Muruggan, iaitu patung kedua tertinggi di dunia selepas tugu Kailashnath Mahadey di Nepal. 

Tugu ini mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan dan telah dilancarkan semasa perayaan Thaipusam pada Januari 2006. Tinggi tugu ini adalah 42.7 meter dan sebanyak 300 liter cat emas telah digunakan semasa pembinaannya. Manakala pengukirnya adalah seramai 15 orang dan didatangi khas dari India. Sumber Wikipedia.

Untuk sampai ke atas perlu menaiki sebanyak 272 anak tangga. Beginilah pemandangan dari atas. Untuk makluman, Batu Caves adalah tempat suci, oleh itu tak boleh mengenakan pakaian yang pendek. Saya tak pasti, tapi rasanya para pelancong yang datang dengan seluar / skirt pendek boleh menyewa kain masa nak naik ke atas gua. Apa-apa pun kena check info ni sebab saya pun berdasarkan apa yang saya nampak hari tu masa melawat ke sini. 

Air terjun di gua Batu Caves


Inilah pemandangan gua Batu Caves

Kalau nak pergi ke sebelah atas gua lagi... kena naik beberapa anak tangga.

Banyak binatang yang tinggal di gua ini seperti monyet dan kelawar. Kepada pengunjung yang kering tekak sebab naik tangga, ada juga gerai yang menjual minuman di atas ni. Selain itu terdapat juga gerai menjual cenderamata dan susu lembu segar.

Selain tu, kalau para pengunjung nak tengok kelawar atau rarest spider, boleh berkunjung ke Dark Cave yang terletak di sebelah gua Batu Caves. Operation hour, setiap Isnin - Jumaat pada jam 10.00AM - 5.00PM dan untuk weekends serta public holidays pada jam 1030AM - 0530PM.



Saya ingat nak masuk tengok ke dalam, tapi kena berbaris dan tunggu masa lagi. Lagipun dalam gua tu sangat gelap dan anda hanya akan dibekalkan lampu sahaja. Dan yang membuatkan saya tak jadi nak masuk kerana di sini ada rarest spider.... -_- (Saya tak boleh tengok labah-labah)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Lepas daripada Batu Caves, kami pun check in hotel, Kali ni kami memilih Furama Hotel yang terletak di Bukit Bintang. Saya booking through Agoda, kadar satu malam ialah RM204 sahaja (termasuk tax). Tanpa breakfast. Tapi staf yang baik hati telah upgrade bilik kami kepada bilik yang besar ni. Memang kali ni punya trip asyik kena upgrade bilik sahaja. Oh yeay.



Hotel ini adalah non smoking hotel yea.


Pemandangan luar. Berjaya Times Square di sebelah hotel ni sahaja. 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sebelum ke destinasi seterusnya, kami ke Pavillion dulu pergi cuci mata. Hajat nak pergi kedai The North Face yang baru buka di Pavillion.

Survey punya survey beg yang sepatutnya saya kena beli pada tahun ni (masuk dalam wishlist), akhirnya tak jadi beli kerana keluasan beg ni tak mencapai apa yang dihajati. Selain itu, beg ni ada dijual di dalam Zalora, tapi nasib baik la tak beli, Kalau tak mesti tak muat sangat pakaian untuk travel. Satu dua malam boleh la kot, tapi tiga malam dah tak berapa selesa. Maklumlah... kalau travel ni mesti ada something nak beli, walaupun souvenir tu tak besar sangat. Kalau perempuan ni lagi, nak bawa lotion la... krim la... walaupun semua travel size tapi kalau banyak benda nak bawa... penuh juga. Mana lagi telekung bagai. But this bag very effective kepada sesiapa yang bawa laptop atau fragile things kerana span dalam ni tebal. Bag Kaban The North Face dijual dalam harga RM599.

Masa kami pergi ke Pavillion, ngam pula tengah berlangsungnya KL Fashion Week.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Oh ya. Siapa suka makan roti jepun di sini? Kalau ke Pavillion jangan lupa singgah ke My Croissant Taiyaki. Anda perlu cuba Azuki Red Bean croissant di sini. Satu dijual dalam harga RM7.50 sahaja. Selain itu terdapat juga takoyaki dijual di sini.





Sambung Part 4 di next entry.