Isnin, 7 Ogos 2017

Lama Tak Blog

Beberapa ketika ni memang jarang blog. Nak post blog (selalunya menaip sebelum tidur), tapi mesti tak jadi sebab tertidur terus. So masa ni saya berada di dalam kapal terbang... draf la sepuas-puasnya.

Life sekarang masih sama macam dulu. Bangun, makan, kerja, balik, tidur. Cuma sejak bertukar ke jabatan lain dan handle perkara berkaitan governan, rasa tough juga. Silap-silap next semester saya kena ambil Law kot 😂.

Bulan ni agak busy sikit. Busy travel sana sini sebenarnya (bukan hal kerja memandangkan kerja saya belakang tabir dah sekarang). So ada masa la nak jalan-jalan melihat keindahan alam. Susun jadual bebaik, kumpul duit... and I can balance between work, study and hobby. Minggu ni fly, minggu depan pergi pulau, minggu depan-depan fly lagi balik. Minggu depan depan depan sepatutnya fly lagi pergi launching book Tun tapi nampaknya terpaksa cancel sebab tiket mahal. Grrr!

Saya kongsi skit la tips dan pengalaman saya travel. Saya suka cari yang termurah. Tiket murah.. hotel murah (yang penting rating bagus). Tapi makanan kena sedap. Hehe. Kesihatan kena sentiasa bagus, stamina kena kuat sebab saya suka jalan kaki dari satu tempat ke tempat yang lain. Masa itu emas. Make sure semua ikut time. Kalau tak... sure lari jadual.

Untuk memudahkan pergerakan, saya bawa backpack. Actually saya betul-betul nak backpack The North Face Kaban Transit... tapi oleh kerana terlalu pricy... tak jadi la nak beli benda alah tu. So I decided to buy backpack Puma Suede. Oh yeay!

Oh by the way, Uber atau Grab sangat berbaloi pada masa kini. Sangat mudah digunakan. Saya juga suka mengunakan Grab Taxi dan itu adalah pilihan utama saya selain LRT dan bas.

-
-
-
-


For more trips, tips and scribs... nantikan post seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!