Sabtu, 12 Ogos 2017

KL Trip 2.1 - Berkunjung ke Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

Baru-baru ni travel lagi ke Kuala Lumpur. Saja jalan-jalan. Walaupun sebelum ni selalu juga ke KL, tapi ada tempat yang saya tak pergi lagi. Contohnya Taman Rama-Rama Kuala Lumpur. Kalau nak melawat ke taman ni, best pergi pagi-pagi sebab tak berapa panas sangat. 

Taman ini beroperasi pada jam 0900AM - 0600PM pada setiap hari. Untuk Malaysian adult, harga tiket ialah RM12 seorang. Memang saya seronok semasa berkunjung ke sini kerana penuh dengan rama-rama 😍.


Jika bertuah pada hari tu, boleh merasai rama-rama hinggap di kepala. Yeay!


Taman ini dilengkapi dengan net hijau bagi mengelakkan rama-rama terbang keluar.


Nak bagi makan ikan pun boleh. Baja ikan boleh dibeli di kaunter tiket.

Rama-rama kecil



Kupu-kupu yang baru menetas. Cantik sangat. 


Ulat beluncas


Koleksi rama-rama tercantik dunia



Untuk maklumat lanjut boleh rujuk imej di atas ni. Selain itu boleh terus ke laman web Taman Rama-Rama Kuala Lumpur.

Taman ini tidak jauh jika nak ke tempat pelancongan yang lain seperti Taman Burung Kuala Lumpur, Taman Botani, Memorial Tunku Abdul Razak, Planetarium Negara dan Muzium Negara. Saya pergi ke tempat-tempat ini dengan hanya berjalan kaki sahaja. Tak la jauh sangat. Dari Taman Rama-Rama ke Taman Burung hanya mengambil masa selama 20 minit berjalan kaki. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!