Rabu, 30 Ogos 2017

Backpackers August Part 2 - Japanese Village, Bukit Tinggi, Pahang


Keesokan harinya... kami pergi ke Japanese Village, salah satu tempat tarikan di Bukit Tinggi (must go). Tempat ini dibuka pada setiap hari, bermula jam 10AM hingga 5PM sahaja. Actually kalau nak pergi sini, hanya perlu bayar masa di entrance utama sahaja. RM16 untuk dewasa. Lepas tu dah boleh ke mana-mana seperti French village, Japanese village, taman botanical etc. 

Kalau dari Colmar Tropicale resort... agak dalam 5 - 10 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Oleh kerana orang akan sentiasa ramai, dinasihatkan pergi awal supaya senang parking kereta + nak amik gambar pun cantik (sebab tak ramai orang lalu lalang interframe belakang gambar). Selain menaiki kereta, anda juga boleh menaiki free shuttle transport yang disediakan di hotel. Kenderaan ini bergerak setiap 45 minit, bermula jam 0945AM dari hotel ke Japanese Village dan seterusnya.

Tempat menunggu free shuttle bus di Japanese Village.

Sebelum naik ke Taman Jepun, ada statue tangan Buddha berdekatan parking

Untuk ke Japanese Village, kita perlu menaiki anak tangga. 88 anak tangga tapi penat juga la sebab lepas tu kena naik bukit skit.

Kawasan ni adalah kawasan tinggi. Disekeliling pula hutan belantara. Boleh dengar bunyi monyet, burung dan lain-lain.

Tempat-tempat menarik di sekitar Japanese Village.

Cantik!

Sebenarnya nak sewa baju kimono pun boleh juga (RM20 seorang) tapi oleh kerana tempat ni agak panas juga... jadi saya pun rasa tak nak la sewa baju. Dengan peluhnya nanti.. tentu rasa tak selesa. Hehe...

Rumah tatami. Teringat cerita Doraemon

(Edited)






Di sini juga ada kedai souvenir. Boleh beli cenderamata untuk kawan-kawan... Minuman ringan dan aiskrim juga ada dijual di sini.

Bunga yang cantik. Actually di sebelahnya adalah Taman Botanikal tapi saya tak pergi kerana nak travel ke tempat lain pula.

Semoga berjumpa lagi!

Ahad, 20 Ogos 2017

Backpackers August Part 1 - Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Memandangkan kelas belum bermula... maka saya pun menggunakan masa dengan sebaiknya. Tiket murah... apa lagi. Tiket Air Asia hanya RM200+ seorang. Berbaloi-baloi. 

Walaupun short trip, tapi best. Banyak tempat saya sempat round.

Destinasi pertama.. ke Bukit Tinggi, Pahang.

Boleh tahan UPM ada iklan di Air Asia. Thumbs up. 👍 Actually flight saya jam 1055AM. Oleh kerana ada masalah teknikal, maka flight delay ke jam 1230PM. Tak apa la...

Sampai sahaja di KLIA2, terus ambil kereta yang kami dah book awal dan terus memulakan perjalanan. Saya sewa kat Hertz, hanya RM67 sehari jika menggunakan kereta Hyundai i10. Minyak jimat... kereta selesa. All okay. Selain Hertz, saya juga suka sewa kereta di MayFlower. Kereta Almeera hanya RM99 sehari. Boleh juga nak try companies lain. So many choices.

Day 1 - Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, PAHANG. 
Tarikan di sini ialah... tempat ini seperti sebuah pekan bertemakan Perancis.

Untuk masuk ke sini, entrance fee untuk pengunjung dewasa adalah RM15. Manakala kanak-kanak RM8. Tapi kalau sampai lewat... cas dikenakan sebanyak RM8 sahaja untuk dewasa. Macam kes kami la. Oleh kerana flight delay, akhirnya sampai ke sini pada jam 0530PM. Waze / Google Maps kan ada. 

Nak menginap di tempat ni pun boleh. Ada Colmar Tropicale Resort dan The Chateau. Tapi saya amik resort Colmar Tropicale. Untuk rate murah boleh menggunakan Agoda.com. Bilik yang saya tempah actually hanya bilik biasa + breakfast. (Harga RM267). Tapi staf hotel yanh baik hati upgrade bilik kepada suite. Memang best la. Siap ada dapur, meja makan, ruang tamu etc. Bilik juga dilengkapi dengan petunjuk arah kiblat.

Jom tengok gambar bilik dulu:

Bilik tidur

Tempat salin baju + meja makeup

Bersambung sekali dengan bilik mandi

Ruang rehat untuk tengok TV

 Kitchen area

Meja makan

View di luar tingkap
-
-
-
-
-
Lepas rehat sekejap kat bilik, kami pun turun ke bawah menikmati pemandangan pekan Perancis ni. Seriously memang cantik. Tapi hujung minggu agak ramai orang. 
Area ni kat sebelah hujung... so dapat amik gambar tanpa orang di sekeliling interframe.

View petang ♡

Petang tu juga kebetulan lapar. Jadi singgah makan di restoran yang ada di kawasan ni. Ada beberapa jenis restoran dan kami memilih La Flamme yang menyediakan masakan Itali. Price kat sini ada mahal sikit banding tempat biasa but standard la kalau tempat macam ni. Nak jimat boleh bawa bekal. ✌

Tempat makan yang lain seperti di La Cigogne (masakan Perancis), L'Orient (Asia) dan La Boulangerie (bakery) etc. Kalau nak makan aiskrim pun ada jual kat sini juga. ♡ Tapi kebanyakan restoran di sini agak full juga kalau terkena waktu hujung minggu.




Menu pilihan saya adalah Prawn Arrabiata. 
FYI - Setiap bulan restoran-restoran di tempat ni ada monthly special menu. 

Setiap hari ada persembahan di atas pentas.

Yang ni persembahan jam 0700PM



View malam ♡





-
-
-
-
-

Sebelum naik balik ke bilik... sempat round lagi ke bakery. Check apa yang menarik untuk dikunyah.
-
-
-
-
-
-
Keesokan harinya, awal pagi tak ramai orang. Jadi boleh posing di mana-mana dengan sesuka hati.


Ni adalah jadual shuttle service untuk ke tempat menarik di sekitar. Nak guna kereta sendiri pun boleh juga. Cuma kalau lewat parking full! 


Sebelum memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya... breakfast dulu di La Blason. Ada banyak jenis menu.. nasi lemak, bubur nasi, roti etc.

Next entry - Japanese Village.