Sabtu, 1 April 2017

JJCM : Pawz Garden Cafe, Kolombong

Tema kafe kucing kini semakin popular. ♡

Kebetulan pada hari itu saya pergi beli stok makanan untuk miaw saya (yang kuat makan). Pawz Garden Cafe terletak di Kolombong, berdekatan dengan gelanggang futsal atau bersebelahan petshop. 

Taaadaaa! Inilah dia Pawz Garden Cafe. Dalam cermin ni boleh nampak sekumpulan kucing yang sihat dan tengah menikmati tidur mereka. Nak masuk ke cafe kena guna pintu dari dalam (tembus dari petshop).


Apa yang best dengan cafe ini ialah tempatnya yang selesa dan sesuai kalau nak melepak. Sambil makan sambil boleh tengok miaw yang terletak di bilik khas. 

Saya order wild respberry hibiscus herbal tea yang wangi ini. Tanpa gula pun dah cukup sedap serta wangi ^^. 

Tengah tunggu makanan sampai pula





Ah! Akhirnya makanan dah sampai. Tuna sandwich (tanpa keju). Nyam! 

(Total price... teh saya + coffee Hafiz + tuna sandwich saya = RM21.40)






Kucing tengah berehat di bilik sebelah. ♡

Actually kalau nak masuk di bilik kucing tu pun boleh juga. Tapi kena beli tiket dulu di kaunter petshop. Harga tiket masuk RM20, kurang berbaloi bagi saya. Maybe kalau RM5, masih boleh consider lagi. Sebagai pelanggan, I expect selepas kita masuk cafe, kita boleh enjoy main kucing ... for FREE.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!