Ahad, 5 Mac 2017

JJCM : ShellOut di Restoran Adzie Cafe & Bakery, Alamesra

Sekarang ni banyak dah restoran yang menyediakan makanan shellout yang biasanya terdiri daripada seafood seperti lokan, ketam, udang dan ikan. Antara restoran yang menawarkan shellout sedap dan takkan mengecewakan ialah di Restoran Adzie, Alamesra

Portion shellout di Restoran Adzie ni boleh pilih nak yang untuk sorang saja, 2 pax atau lebih. Dihidangkan sekali dengan air minuman dan sambal. Kalau makan ramai-ramai lagi best. Shellout akan dihidangkan ditengah meja dan sedia untuk dijamu selera.

Selain shellout, Restoran Adzie juga menyediakan makanan lain seperti nasi campur (waktu sianga sahaja) dan makanan goreng-goreng yang lain. Kena cuba makan beef tapa (nasi halia dengan daging perap) atau daing na bangus (nasi halia dengan ikan goreng istimewa). Resepi ini asalnya daripada Filipina dan rasanya takkan mengecewakan. 

Hidangan shellout : Ketam, lokan, jagung, kerabu mangga dan ikan.

Kalau nak tukar menu pun boleh juga. Yang ni ketam ditukarkan dengan udang goreng butter. Dihidangkan dengan air lemon teh ais dan dua jenis sambal. Harga untuk satu pax ialah RM18.90

Memang puas hati makan shellout di Adzie. Sedap! Teringin nak makan lagi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!