Sabtu, 18 Februari 2017

Tips & Trip to Hong Kong 2017 - Part 1

Ini adalah kali ke dua saya ke Hong Kong dan saya nak share sikit tips kepada anda. 

Terlebih dahulu... 10 tips ringkas persediaan travel ke HK: 
  • Mesti ada bagpack atau sling bag supaya mudah simpan barang sewaktu berjalan (Passport semua sentiasa bawa dan simpan baik-baik).
  • Pakai baju dan seluar yang selesa untuk memudahkan pergerakan. 
  • Sarungkan KASUT yang selesa agar kaki tak sakit (Travel memang akan banyak jalan).
  • Sentiasa ready duit kecil untuk bayar tambang dan lain-lain. (Kalau boleh simpan dalam poket terus).
  • Ready bawa jaket kerana suhu boleh drop sehingga 11C.
  • Sedia map route dan laluan MTR supaya tak sesat.
  • Bawa barangan yang perlu sahaja supaya beg tak berat.
  • Bawa ubat seperti minyak angin, panadol, vitamin atau nasal spray. Kat HK... ubat mahal sikit banding di Malaysia.
  • Bawa tisu basah kerana tandas di HK tak ada hos air 😅
  • Sedialah itinerary ringkas untuk rujukan.

FYI - Kali ni saya travel dua orang sahaja.
Seperti biasa, Air Asia menawarkan tiket penerbangan yang termurah berbanding yang lain. Untuk mendapat harga yang lagi best, boleh cuba Air Asia Go. Jangan lupa tengok expired date passport anda!


(HK International Airport)
Jika berhajat nak live update Facebook, nak ber WhatsApp atau nak tengok route sekitar Hong Kong dalam Google Maps, boleh beli tourist simcard yang dijual di airport HK (cari kedai 1010) dengan harga HKD88 (pakej 5 hari) atau HKD118 (pakej 8 hari). Hanya masukkan simkad dalam handphone dan tak perlu nak register semua tu lagi, dah boleh guna!

FYI - Hong Kong juga mempunyai hotspot di tempat awam seperti di airport, restoran atau MTR... tapi kalau nak lebih mudah, beli simkad. 

(Dari airport ke Tung Chung)
Bas adalah pengangkutan termurah selain MTR. Dari airport ke Tung Chung kena naik bas. Boleh bayar guna octopus card atau cash... Harga tambang ialah HKD3.50. Bayar bila masuk bas (macam style Rapid KL)... dan no refund okay!

(CityGate Outlet, Tung Chung)
Di CityGate outlet... ada perkhidmatan luggage locker. Terletak di Basement (B2 atau B3) dan harga untuk dua jam adalah HKD20 (locker besar) dan HKD10 (locker kecil). Nak extend masa pun boleh juga. Operating hour dari jam 8AM - 11PM. All operated by machine. 

(Nak ke Ngong Ping tapi tak jadi sebab barisan bas panjang kerana cable car under maintenance)
Selain menggunakan Cable Car... naik bas dari Tung Chung ke Ngong Ping pun boleh juga. Cari bas nombor 23. Kena jalan kaki sikit dari CityGate Outlet tu baru jumpa bus station yang dimaksudkan. (Bukan bas-bas yang banyak kat sebelah CityGate tu. Tu nak ke bandar).

(Berehat di guesthouse)
Salah satu tempat penginapan BAJET terbaik di Tsim Sha Sui adalah di Pearl Premium Guest House. Terletak di Aras 16, Mirador Mansion. Caranya... Kena masuk dalam bangunan Mirador Mansion (macam shopping complex), kemudian cari lif. 

Bila dah sampai aras 16 dan nak check in, tiba-tiba pintu office guesthouse tu tutup, boleh ketuk saja dan maklumkan kepada staff yang menjaga. Mereka sedia membantu.

Rata-rata guesthouse atau bajet hotel di HK memang kecil dan kalau first time datang mesti terkejut sebab rasa macam tinggal di rumah flat. Tapi sebenarnya selesa dan ada hotel-hotel ini menyediakan fasiliti lengkap seperti air panas, aircond, air minuman, WiFi free dan tuala mandi. 

FYI - Ada banyak lagi guesthouse di Mirador Mansion yang boleh menjadi pilihan.

(Pemandangan dari guesthouse)
Haaaa.... begini la pemandangan bangunan lama dan guesthouse di HK. Jangan risau.... luar nampak tak best, tapi sebenarnya dalam bilik memang selesa.

(Harbour City)
Best view. Tengok kapal lalu lalang.

Kapal ni la yang saya tunggu-tunggu. Hong Kong Junk Ship.
Only in HK.

Bangunan di area Cultural Centre.

(Garden of Stars)
Garden of Stars.

Jambatan 3D.

Saiz tapak tangan Aaron Kwok.

Banyak tempat menarik di kawasan Harbour City, Tsim Sha Tsui. Boleh jalan kaki sahaja dari guesthouse. Dari hujung ke hujung memang tempat untuk pelancong seperti Space Museum, Avenue of Stars, Garden of Stars dan lain-lain.

(Symphony of Light)
Ramai orang!

Setiap malam, di Harbour City, Tsim Sha Tsui, ada persembahan Symphony of Light yang berlangsung pada jam 8PM (15 minit sahaja). Seawal jam 7 lebih macam tu dah kena cop tempat... kalau tak.... susah nak cari view paling baik.




(Makanan Halal)
Good service. Chicken Doner with Rice... HKD88.

Tsim Sha Tsui available dengan makanan halal, terutama masakan dari Timur Tengah. Kalau lost dan tak tau mana nak makan... Actually ada iklan bunting makanan halal yang dipacak kat tepi jalan. Jika nak makan, staf yang bertugas area bunting tu akan terus bawa anda ke lokasinya. 

Okay. Sampai sini dahulu. Tunggu next entry.

End of Part 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!