Sabtu, 18 November 2017

Hectic

Phew! Hari ni berlangsungnya konvokesyen UMS kali ke 19 dari 18-20 November 2017. Surely memang kena bangun awal, gerak sana sini etc. Nasib baik tahun ni ada kasut super comfort yang boleh menyelamatkan kaki daripada blister dan kelenguhan. Terima kasih Skechers.

By the way, nanti saya upload gambar-gambar di sebalik tabir konvokesyen UMS pada kali ni.

Semenjak saya bertugas di jabatan lain, kebanyakan tugas saya belakang tabir, tak fofular dan confirmlah jarang travel. Apa-apapun... minggu depan InshaaAllah boleh la merasa ke seberang lagi. Huahuahuaaa.... kesiannya saya. Tapi actually bagilah peluang kepada orang lain pula. Cheeewahh! Travel sendiri lagi best dari travel yang plus kerja ni.

Baru-baru ni jarang dah update blog. Balik rumah, dah penat dah. Ngantuk... tidur. Zzzz.... Tak lama lagi nak exam. Assignment tak siap lagi. Apa la saya ni. Cam mana nak maju nih. Oh ya. Lupa nak ceta mistik pula. Next post saya ceta. 

Sabtu, 11 November 2017

Kedai Mihun Sup Ikan di Alamesra

Yang ni memang saya recommend. Antara sup ikan yang terbest setakat ni. Sebelum tu, kedai sup ikan ni terletak di Alamesra, betul-betul di sebelah kedai jualan kereta Perodua. Nampak sahaja signboard Sup Ikan, disitulah kedai tersebut terletak.

Semangkuk sup ikan berharga RM8.50. Boleh pilih nak makan dengan nasi, mihun, kuey tiaw atau konlou mee. Selain itu, kedai ini juga ada menyajikan menu lauk untuk nasi putih serta goreng-goreng.

Ni adalah sup ikan. Ditambah dengan tomato, tauhu dan sayur masin. Nak ikan goreng atau fresh... boleh pilih.

Konlou mee. Rasa seperti Indo Mee. Memang best

Jangan lupa untuk merasa Tom Yam sup ikan. Best.

Memang terbaik la sup ikan kat sini. Rugi tak try. Harga berpatutan, tempat pun tak crowded sangat. Teringin pula nak makan lagi. 

Treat Lembut untuk Kucing

Maklumlah... kucing saya ni agak memilih makan. Jadi saya umpan dengan treat supaya menaikkan selera untuk dia makan (makanan yang saya dah beli untuk dia!).

Sebenarnya saya jarang beli treat untuk kucing kerana tak ada keperluan. Tapi kali ni saya belilah. Biasanya treat dijual dalam tekstur yang kenyal. Tapi yang ni soft bits dan mudah untuk dimakan. Sesuai la untuk kucing saya yang kurang gigi (tinggal gigi taring sahaja). 

Saya beli treat ni di JJ Pet Shop, UA, Sepanggar. Harga RM5.50 dan ada pilihan perisa. Dah sampai rumah, saya bagi dengan kucing saya. Suka pula dia makan benda ni. Tapi tak boleh makan banyak. Oh ya. Cara supaya dia makan makanan, treat ni saya pisahkan jadi kecil dan tabur atas makanan kucing. 

Sekarang ni selera makan dah okay balik. Kadang-kadang geram sebab kita beli makanan kucing ni mahal. Satu plastik /tin kecil berharga dalam RM1.50-RM3.90. Tapi datang ngada-ngada tak nak makan. Dengan adanya treat ni, masalah selesai.

Lagi satu, nak bagi makan kucing ada jadual. Tak boleh bagi makan banyak sangat sebab nanti jadilah keadaan seperti ini.

Apa-apapun, ini adalah treat yang saya beli.

Makanan kegemaran kucing saya adalah seafood

Made in Japan

Bentuk yanh comel. Bau pun cam sedap je. Hehe

Rabu, 8 November 2017

'Tak Best' dan 'Best'

Okay... dah masuk bulan November. Rutin seperti biasa... By the way, tak lama lagi Majlis Konvo UMS yang ke 19 (18-20 November 2017). Kepada yang dah nak berkonvo, selamat berkonvo. Kepada staf yang bertugas... selamat bertugas. Tahun ni saya dah jadi AJK lain. Selama beberapa tahun di bahagian Protokol, lepas tu Tugas-Tugas Khas. Tahun ni di bahagian Busana pula. Hehehehe...

Oleh kerana tak ada specific tajuk di post ni, dengan itu saya bahagikan cerita kepada 'yang tak best' dengan 'yang best'. Kena mula dengan bad news dulu:

1. Yang tak best
Setakat ni bulan November tak ada apa yang menarik lagi. Hampir lupa ada beberapa orang yang birthday bulan ni. Tak terfikir lagi nak beli hadiah apa. Okay... Nak kata kerja super busy... sekarang ni tak juga kot. Tunggu nanti minggu kedua dan ketiga... memang busy punyalah. Working environment, sedikit tak best... due to a factor... which is... malas nak cakap. The best way is ignore sahajalah. Apa lagi ek? Oh ya. Hafiz tak ada. Outstation lagi. Duduk sorang dirumah sangatlah tak best dengan condition 'ternampak' dan 'terdengar' ni. Malas nak ceta pasal tu. Okay. Assignments berlambak. Tak lama lagi nak exam. Subjek Law punyalah susah. Thesis punya tajuk dah ada tapi proposal tak buat lagi. Bulan Januari dah kena submit proposal... Close family member ada yang kurang sihat. Buat susah hati kalau fikir. Family sebelah daddy pula ada yang passed away... pun buat sedih hati juga. Benda lain... kucing dah start tak nak makan brand yang selalu dia makan. Terpaksa cari makanan lain. Memang memilih skit kucing tu.


2. Yang best
Apa yang best? Tak ada yang best kot bulan November ni. Oh ya! Gaji awal. Oh yeahh... Lagi... Berat turun? Best atau tak best? Turun in healthy way okay. Tahun depan ada tiga tempat bakal dilawat. Tak sabar nak travel. Huahuahua! (Nyah segala assignments). Yuran semester ni pun dah habis bayar... Syukur alhamdulillah. Cita-cita tahun hadapan... ingat nak pergi ke Gua Gomantong. Cam best pula. Tak sampai sana lagi. Hari tu nak pergi after melawat uncle tapi tak sempat. Jadi... simpan niat untuk tahun hadapan. Presentation di kelas banyak dah yang settle... Horrray! Okay itu sahajalah. Tak banyak yang best.

Isnin, 30 Oktober 2017

Beza Belvita Keluaran Malaysia dan Keluaran China

Siapa di sini suka makan biskut Belvita? Saya pun suka makan biskut ni. Sedap.

Baiklah. Walaupun made in berlainan negara... rasa biskut Belvita ni tetap sama. Yang berbeza hanyalah packaging sahaja. Taaadaaa! Yang sebelah kiri tu Belvita yang dibeli dari Shenzen, China... manakala yang sebelah kanan tu saya beli di pasaraya berdekatan rumah sahaja.  

Saja nak tunjuk perbezaan -_-

Sebenarnya tak banya beza pun. Cuma bungkusan Belvita China lebih kecil banding yang made in Malaysia. Lepas tu tulisan yang kotak sebelah kiri adalah dalam bahasa Cina. 

Ni imej sebelah belakang

Belvita China di sebelah kiri imej mempunyai tulisan bewarna biru manakala Belvita Malaysia pula bewarna hijau. 

Belvita China juga mempunyai isi sebanyak lima keping setiap bungkusan manakala Belvita Malaysia hanya ada dua keping sahaja. Tetapi jumlah bungkusannya lebih banyak.

Ni la rupa biskut Belvita China. Selamat menjamu selera ♡

Walaupun berbeza negara, konsep packaging tetap sama.


Ahad, 29 Oktober 2017

Katering Aiskrim Kota Kinabalu - Local Ice Cream

Ice cream corner untuk majlis perkahwinan, birthday party etc? Boleh buat tempahan di Local Ice Cream. Available di Kota Kinabalu dan sekitarnya. 

Sesuai kepada yang nak buat tempahan bajet dan simple, Local Ice Cream menawarkan pelbagai perisa aiskrim mengikut kehendak anda seperti vanilla, coklat dan strawberry.

Selain majlis, nak buat tempahan untuk potluck di office pun boleh juga. Saya dah pernah buat tempahan. Memang meriah suasana kalau ada aiskrim ni. Pakej yang saya ambil ni pakej paling bajet... satu perisa sahaja (saya pilih coklat). Harga RM180 sekali dengan 150 kon Cornetto dan cup aiskrim. Selain itu, pakej yang available ialah:

*BRONZE*
RM 250
250 KON
FREE 50 KON

*SILVER*
RM 400
400 KON
FREE 50 KON

*GOLD*
RM 550
500 KON
FREE 100 KON

*PLATINUM*
RM 700
600 KON
FREE 150 KON

TERMASUK:
•KHAS AISKRIM PENGANTIN
•2 ORANG CREW
•HIASAN STALL

#PENGHANTARAN PERCUMA AREA KK SAHAJA, LAIN2 KAWASAN CAJ IKUT JARAK
#KON STANDARD
# KON CORNETTO BEGANTUNG HARGA PAKEJ


Booth Local Ice Cream yang simple tapi meriah

Pakej bajet - Self service

Ais krim yang enak dan tak terlalu manis. Aiskrim boleh tahan sehingga 8 jam. 

Everybody loves ice cream




Sabtu, 28 Oktober 2017

So Amethyst

Tahun ni hadiah birthday untuk mama... saya belikan quartz sahajalah. Tak tau nak bagi apa sebenarnya. 

Taaadaa! Saya memilih Amethyst. Betapa cantiknya batu bewarna purple ni. Sangat cantik♡ Untuk dapatkan lebih banyak gemstone menarik dan cantik, boleh ke Natural Crystal Shop di 1Borneo Hypermall atau Centre Point KK. 

Actually quartz ada banyak gred. Biasanya kalau gred yang terbaik, color akan lebih gelap dan permukaan lebih nampak bersinar. Harganya juga lebih mahal dan mencecah ribuan ringgit. Kenapa? Kerana quartz tersebut digali jauh lebih dalam, rare dan mempunyai kualiti lebih baik. Deep Russian adalah gred Amethyst yang terbaik. 

Setiap gemstone mempunyai khasiatnya sendiri... dan anda juga boleh merasai getaran aura batuan ini sekiranya anda sensitif terhadap persekitaran. Cita-cita saya? Nak beli Amethyst yang lebih besar untuk dijadikan perhiasan rumah ♡_♡

Antara negara yang mempunyai tempat penggalian Amethyst adalah Sri Lanka, Brazil, Kanada, Korea Selatan dan lain-lain. 

Isnin, 23 Oktober 2017

Annoying - Semua Kerja Nak Post Dalam Facebook... 😐

Kadang-kadang cam tak best bila scroll Facebook... asyik-asyik nampak Si Polan buat ini... Si Polan buat itu. Lebih-lebih lagi jika gambar yang dipublished tu sebenarnya nak glamor saja... tapi dibelakang tabir, sebenarnya tak la hebat mana pun..

I mean... tak salah nak post. Saya pun kadang-kadang post juga dalam BLOG berkenaan kerja-kerja yang saya buat. Mostly kerja hakiki. Nak post tu pun sebab ada maklumat nak disampaikan. Honestly jarang nak post hal kerja di dalam Facebook. Sebab dalam tu ada ramai kenalan office. Bos, lecturer dan kawan-kawan sepejabat. Segan nak post... Nanti kena kutuk. Saya lebih prefer cerita di dalam blog kerana follower saya bukan di kalangan rakan-rakan sekerja, malah blog ini juga adalah diary a.k.a digital storage saya. Apa-apa boleh refer di sini. Lagipun follower tak ramai mana. Haha! So okaylah.

Saya bagi contoh la apa post yang bikin orang jadi annoying bila tengok. Contohnya Si Polan pergi luar negara... kononnya ada tugasan luar pejabat. Sebenarnya dia tak pun involve sangat dalam tugasan tu, brag sahaja lebih. Then, post pula gambar dari Day 1 sampai ke Day 10. (semuanya gambar jalan-jalan). Bruuhh!!

Contoh kedua... asyik-asyik post gambar mengiring Tan Sri dot dot... makan bersama Dato dot dot... meeting bersama Menteri dot dot... Tujuan ---> Supaya nampak penting sangat kot? Sebenarnya kalau di office... kerja pun tak nak.

Sebab tu la jangan post benda berkaitan kerja di dalam Facebook.

Kalau nak cari ilmu... kerja la untuk mengenal... bukan kerja untuk dikenal.

Sabtu, 21 Oktober 2017

Belakang Tabir - Bengkel Penyediaan Risk Matrix Table Pengurusan Risiko 19-21 Oktober 2017

Alhamdulillah... akhirnya bengkel ini telah dijayakan tanpa sebarang masalah. Terima kasih kepada Prof Shoki dari UTM kerana telah memberikan tunjuk ajar dan ilmu yang bernilai kepada kami semua. 

Saya salah seorang fasilitator di dalam bengkel ini. Walaupun begitu, masih banyak ilmu yang perlu saya pelajari lagi. Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat kepada kami semua dan membantu pihak pengurusan dalam membuat sesuatu keputusan. 

Sebenarnya bengkel ini adalah untuk mengenalpasti tahap risiko di universiti dan bagaimana cara untuk menurunkan risiko-risiko tersebut. Kaedah yang digunakan adalah dengan membentuk satu risk matrix table beserta cara pengiraannya.

Tahniah team Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan team Bahagian Audit Dalaman!

Masa cuti Deepavali... para fasilitator masih berkerja keras mengadakan perbincanan bersama Prof Shoki untuk persediaan bengkel keesokan harinya.

Taklimat daripada Prof. Shoki. Sepanjan bengkel ini berlangsung... Sabah dilanda ribut terutama kawasan Kota Kinabalu dan sekitarnya. Beberapa daerah mengalami banjir. Tapi bengkel tetap dijalankan. 💪



Team fasilitator yang supporting dan sentiasa gembira.

Isnin, 16 Oktober 2017

Hujan Lebat...

Otak kata tidur, hati kata sempat lagi taip satu post. Actually sekarang dah dekat jam 3 pagi. Masih tak tidur lagi. Pagi ni kena kerja pula. Tapi punyalah rasa malas sebab hujan lebat di luar sana. Sejuk. Best tidur.

Actually saya baru siap buat assignment (satu lagi done!). Lepas ni ada tiga assingment menunggu lagi. Dah la minggu ni mid term. Huaaaa!! Dalam masa yang sama, akan jadi fasilitator untuk bengkel Pengurusan Risiko pula. Phewww... macam mana nak survive ni.

Malam ni saya tidur dengan my miaw, Moon Moon. Hafiz tak ada. Pergi Shenzen. Tapi sekarang ni dah di Hong Kong. Tak lama lagi balik la tu. Cam best pula pergi Hk. Teringi nak pergi sana lagi. Ntah kenapa saya minat betul pergi HK. Tahun depan ada peluang tak nak ke sana ek? Dah set ke tempat lain sebenarnya. Tiket pun dah beli. Tapi rasa cam nak pergi HK juga. Adoiii!

Oh ya... kena ingat juga. Next year will be my last semester. Kena buat tesis okay. Tajuk pun tak cari lagi. Alahai... apa nak jadi nih. Saya ni terfikir kejadia selepas last semester tu pula. Hahahaha...! Ingat nak konvo saja. Yalah. Tak yah jadi AJK time tu.

Prof ada bagitau suruh sambung belajar lagi lepas tu. Dia nak jadi co supervisor. Tapi... adoooii... tak senang nak sambung belajar ni sebenarnya. $$$ kena kira juga. Mana lagi kerja nak difikir. By the way, jika ada kesempatan... sambunglah belajar. Tak rugi pun. Untuk diri sendiri juga.

Semester ni agak teruja sikit  sebab subjek best. Subjek Psikologi dan subjek Law terutamanya. Walaupun tak champion dalam Law, tapi penting sebab kerja sekarang memerlukan kemahiran dalam perundangan.

Okay. Nanti sambung... zzz...

Review : Akemi Autograph Lenzing Modal Edelweiss Fiber Technology

Okaylah. Ni pun kira hadiah birthday juga. Oleh kerana dapat $$$ banyak... jadi baik beli benda yang boleh jadi kenangan. So saya beli cadar baharu. Taaadaaa! Jenama Akemi memang menjadi pilihan saya. Saya suka warna hijau, so saya beli warna hijaulah. 

Kenapa saya promote Akemi Lenzing Modal? Kerana cadar ini bukan seperti cadar biasa. Fabriknya yang lembut dan dibuat oleh Edelweiss Fiber Technology, amat dikagumi sekali. Dah la soft macam sutera, lepas tu kalau baring, badan rasa best saja. Sejuk. Lagi satu, cadar ni juga senang nak pasang di tilam. Sarungnya juga bersaiz besar. Senang nak bagi sarung kat bantal. 

Ada pelbagai corak dan warna boleh menjadi pilihan. Setiap set dilengkapi dengan cadar, dua sarung bantal dan satu sarung bolster. Oleh kerana saya suka guna banyak bantal, bantal lain tu boleh guna sarung lain la. Untuk bagi match dengan warna pilihan, boleh beli lagi sarung bantal extra. Saya mempercayai jemama Akemi kerana kualitinya yang baik dan tak pernah mengecewakan.

Harga set cadar ini ialah RM230+ (Queen size). Boleh beli di Parkson... Metrojaya etc. Walaupun harganya agak mahal sedikit, trust me... anda takkan kecewa dengan set cadar ini.

Ahad, 15 Oktober 2017

Hadiah Birthday Saya Paling Rare - Batu dan Kristal

Walaupun birthday dah lama berlalu... tapi saya nak cerita jugalah apa yang terjadi. Tahun ni merupakan birthday yang paling best setakat ni kerana saya telah mendapat hadiah yang paling rare dari keluarga dan rakan-rakan. Kerana saya mendapat hadiah batu dan kristal. Haha! By the way, thank you and love you all!! XOXO

Actually saya memang minat sangat dengan benda-benda macam ni. Dan tak sangka pula semua bagi benda yang sama.

Ini daripada Khai. Batu Garam Himalaya. Berat 7KG. Sebenarnya dah lama nak dengan batu garam ni. Suka tengok cahayanya yang malap begini. Saya pasang di office. Cantik. Khasiat Batu Garam Himalaya? Bertindak sebagai air purifier.

Ini pula daripada Nat, Hazwani dan Illani. Thank you!! Another Green Phantom. Rasanya memang kristal jenis ni yang sesuai dengan saya kot. Sebelum ni ada beli Green Phantom juga tapi letak di rumah. Yang ni pula letak di office. Cantik. Sangat cantik. Tak tau nak cakap macam mana. 

Tips membeli kristal - Let the crystal choose you. Means... dalam banyak-banyak kristal, kita tertarik dengan yang tu... walaupun ada banyak lagi kristal cantik-cantik belaka. Apabila hati dah kata "inilah dia". Maknanya yang tu la kristal yang sesuai untuk anda.

Now I have two Green Phantom 😍😍😍 Bestnya. 

Ni pula hadiah dari my sis. Jade warna ice daripada Phonm Penh. Susah nak cari jade warna begini sebenarnya. By the way... yang warna purple tu adalah batu Amethyst dan warna coklat tu pula batu Golden Sand. Saya memang minat sangat kumpul benda ni. Make sure batuan ini di cleansing supaya energy sentiasa fresh. 

Yang ni pun dari my sis juga. Ruby ^^. Lepas ni nak jadikan sebagain cincin atau pendant. Thanks again.

Dikesempatan ini... juga nak ucap thank you to Hafiz untuk hadiah, kek dan masakan khas untuk saya. Haha. To mummy and mama... thanks juga untuk hadiahnya. Prof, Kak Nurul, my friend from bangunan sebelah dan Kak DK... thank youuuu untuk hadiah. Wishes from all my friends, colleauges and sesiapa yang mengenali saya... terima kasih yang tak terhingga. Happy birthday to me. ♡

Review : Mini Air Purifier dari Yubiso

Yeay! Akhirnya Yubiso dah ada di KK dan dibuka di 1Borneo Hypermall. Bestnya! 

Konsep kedai ini adalah menjual barangan Jepun. Actually barangan di Yubiso begitu berkualiti. Before ni pernah belikan Hafiz baju T cotton. Harga RM15 sahaja but fabrik yang digunakan begitu baik, tebal dan menyerap peluh. 

Kali ni saya beli mini air purifier Yubiso yang comel ini. Sebenarnya ada banyak design lagi tapi saya beli yang ini kerana ianya simple dan saya suka lampu yang tak bertukar-tukar (satu warna cukup). Harga air purifier ini adalah RM35 sahaja. Pattern lain ada yang harga RM50 seunit. Walaupun sebenarnya boleh dapat mini air purifier yang lebih murah, tapi kena tengok kualiti juga sebelum beli. 

Kenapa saya pilih mini air purifier jenama Yubiso? Solid dan material plastik yang digunakan juga tebal. Dulu pernah beli mini air purifier lain tapi tak tahan lama kerana plastik pandai mencair. Lagipun tak ada lampu >.< Uhuuu....

Apa yang bestnya mini air purifier Yubiso ni? Tak perlu nak cari suis plug untuk pasang. Hanya gunakan USB sahaja. Mudah kan? Oh ya. Kalau nak letak frangrance oil, jangan titik dalam air tau. Nanti permukaan plastik jadi berminyak pula. Titik di kapas air purifier tu sahaja. Dua atau tiga titik dah mencukupi ^^. Saya gunakan aromatheraphy perisa Peppermint daripada Young & Living. Sesuai untuk orang yang sinus dan alahan seperti saya. 

Cara Saya : Sajian Simple dan Tanpa Minyak

Saya paling suka makan makanan yang simple dan kurang rempah. Kalau memasak... saya suka masak dengan cepat. Biasanya saya akan prepare lunch atau dinner dalam masa 15 - 20 minit sahaja. (Bukan makanan tin atau mi segera okay). Masih menggunakan bahan mentah fresh, cuma cara memasak tu sahaja cepat. Jenis masakan? Contohnya sup ayam, saute vegetable, ulam dan lain-lain. Yang goreng-goreng kengkadang sahaja. Tak lama pun nak prepare semua ni. Lebih-lebih lagi if tak ramai ahli di rumah macam saya ni.

Kalau makan bersama nasi putih, biasanya akan hidang satu lauk dan satu sayur (sama ada ulam atau sayur tumis). Side dish saya akan prepare sekiranya ada permintaan dari husband. Kalau malas nak makan nasi, saya akan prepare makanan seperti roti atau sup. Bahan dalam masakan memang tak akan banyak yang penting ada rasa yang seimbang. Minyak masak jarang guna atau guna sedikit sahaja untuk tumis bahan. Sebab tu saya pakai kuali non stick. 

Jom tengok sajian saya pada hari ini. Oleh kerana husband outstation... so menu lagi la simple bebenar. 

Ini adalah lunch saya. Roti bakar. Saute vegetable (tumis dengan kerang - tak ada bawang) dan half boiled egg. Saya bukan penggemar telur rebus tapi kadang-kadang rasa nak makan juga. Sumber protein dan baik untuk kesihatan. Total time untuk prepare... 10 minit sahaja kot.

P/S - Untuk brekafast... saya makan makanan yang dah siap sedia seperti biskut, roti atau susu. 
-
-
-
-
-

Ini pula dinner saya. Tortilla. Lagilah simple. Tortilla wrap ni saya beli yang dah siap sedia. Boleh pilih nak perisa apa dan saya amik wholegrain. Inti dalam tortilla ialah sosej ayam yang di grill beserta kubis yang dipotong halus sebagai salad. Nak pedas? Letak sos cili.

Bagaimana nak masak dengan cepat? Bahan prepare awal. Dan yang penting dah plan nak masak apa.
-
-
-
-
-
-
Contoh sajian lain. Sup krim cendawan + sayuran dan oregano. Makan dengan roti bakar.


Atau sup sayur dan udang

Khamis, 12 Oktober 2017

Berkunjung ke Zoo Lok Kawi

Kalau tak tau nak ke mana hujung minggu, boleh ke Zoo Lok Kawi. Tak tau di mana tempatnya? Boleh tengok peta dengan Apps Waze atau Google Maps. Senang sahaja. Jika anda bergerak dari Putatan, anda boleh menuju terus (amik simpang jalan lama nak ke Papar). Kemudian jumpa traffic light dan belok ke kiri. Jika anda ikut jalan Penampang, boleh ikut jalan baharu after roundbout Donggongon. Apa-apapun, ada signboard Zoo Lok Kawi dipaparkan juga.

Zoo buka pada jam 0930AM hingga jam 0530PM pada setiap hari. Bayaran masuk pula RM10 sahaja untuk warganegara Malaysia manakala RM20 untuk pelancong asing. Kanak-kanak dan warga emas adalah percuma. Actually my mum dah mencecah warga emas tapi kali ni tak apa la. Duit bayaran masuk tu boleh bantu pusing balik modal untuk haiwan dan landskap di sana. ^^

Tiker masuk ke zoo. Supaya dapat tengok kesemua haiwan yang ada, pihak pengurusan zoo juga membekalkan pengunjung dengan map.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya ke Zoo Lok Kawi. Sebelum ni pernah pergi juga tapi time tu ntah dah berapa tahun berlalu. Tahun 2011 kot? 




Sun Bear



Proboscis Monkey. Teringat masa pergi Maliau Basin dulu. Time tu nampak monyet jenis ni tapi yang liar la. Nak amik gambar agak susah sikit sebab monyet tu duduk tinggi atas pokok. Sekarang dah boleh nampak dengan dekat.



Poney. Kesian nampak sebab tak ada kawan 😢




Yeay!

Saya suka pergi zoo. Kadang-kadang ada haiwan yang tak pernah atau jarang nampak, punyalah teruja bila dapat tengok secara live. 

Tapi bila haiwan dikurung, perlu make sure makanan, tempat tinggal dan landskap sekeliling dijaga dengan baik agar haiwan-haiwan tersebut sentiasa happy. So harap pihak pengurusan Zoo Lok Kawi dapat membuat penambahbaikan di mana-mana yang patut. Tahniah di atas usaha yang telah dijalankan dan semoga dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.