Ahad, 20 November 2016

JJCM : Aiskrim Gula Apong di Kota Belud

Time cuaca panas ni sedap makan aiskrim...

Kepada peminat aiskrim gula apong, boleh try di gerai yang terletak di tepi jalan di Kota Belud, Sabah. Sebenarnya aiskim gula apong popular di Sarawak. walau bagaimanapun masih boleh juga didapati di Sabah (tapi tak ramai yang jual). 

Harga semangkuk aiskrim gula apong ialah RM3.50, manakala kalau nak tambah milo tabur ialah RM4.00. Gerai ini juga menyediakan menu lain seperti cendol RM2.50, nasi goreng ikan liking RM7.00, mi hailam, soto, kuih muih dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi gerai ini di talian 013 897 2381. 

Apa yang best dengan aiskrim gula apong ni ialah ianya tak manis, menyegarkan, harga yang berpatutan, presentation yang menarik serta chocolate chips + cornflakes yang super rangup. Gerai ini sentiasa dipenuhi pelanggan dan kalau nak cari gerai ni pun tak susah. Jika menghala dari Kota Kinabalu, masuk roundabout utama terus ke kiri menghala ke Kudat. Gerai ini terletak di sebelah kanan berdekatan signboard Kampung Labuan / Kampung Wakap. 

Confirm akan datang lagi!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!