Rabu, 26 Oktober 2016

Seoul Garden di 1Borneo

Kini cawangan Seoul Garden telah dibuka lagi di 1Borneo Hypermall. Siapa yang tak berkunjung lagi ke sini, jom la. Rugi tak merasa authentic Korean food. Restoran ini terletak di Ground Floor, bersebelahan dengan Hotel Klagan (dulu CIMB Bank).

Restoran Seoul Garden dibahagikan kepada dua seksyen, satu seksyen buffet BBQ steamboat... satu lagi seksyen ala carte. Hari tu kami masuk seksyen ala carte saja sebab tidak berada di tahap kelaparan yang amat sangat. Khas untuk pelajar.... Seoul Garden menawarkan diskaun hebat apabila anda makan kat sini. Tunjuk saja ID card anda. Dah boleh save duit belanja. Yeay!

Menu kami pada hari itu adalah:

Seafood glass noodle.

Sup pedas kimchi + dumpling etc

Spinach Namul (sejuk) 

Teh cinnamon (boleh refill)
-
-
-
-
-

Ini adalah menu lain yang terdapat di Seoul Garden

Masakan Korea mempunyai rasa yang unik dan berbeza daripada masakan Jepun. Kepada yang suka menikmati makanan boleh mengunjungi Seoul Garden. Great taste with fast service.

Tapi kepada yang tak bersedia nak merasa masakan Korea lagi.... lebih baik fikir dua kali untuk masuk. Kerana kebanyakan masakan Korea 'lari' sikit dari citarasa masakan Melayu. 

Seoul Garden price untuk buffet di Sabah dan Sarawak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!