Sabtu, 8 Oktober 2016

JJCM : D'Lengkuas - Kelantan Authentic

Mencari masakan Kelantan di area Kota Kinabalu? Restoran D'Lengkuas adalah jawapannya.

Restoran ini terletak di Grace Ville, Sembulan tak jauh dari Mari Jari Spa, dan pastinya sentiasa dipenuhi pelanggan. Menu lauk pauk yang pelbagai telah tersedia khas untuk pelanggan yang datang mengunjungi restoran ini. Ada kari, ulam-ulaman, budu, ikan bakar, batang keladi masak lemak, kerabu sotong etc.... macam-macam lagilah. Tapi yang paling famos kat sini adalah ikan patin masak lemak. 

Pelanggan yang datang bukan sahaja terdiri dari orang Semenanjung yang stay kat Sabah, orang Sabah sendiri pun ramai yang suka masakan Kelantan! Dahlah makanan sedap, harga pun murah. Makan untuk dua orang beserta minuman sejuk baru dalam RM20+ sahaja. 

Menu saya pada hari ni. Kerang sambal, kerabu peria, telur masin dan nasi berkuah sayur manis masak lemak. Terbaik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!