Khamis, 11 Ogos 2016

Trip to Miri - Part 1

Short trip to Miri. 6 - 7 Ogos 2016. Kali ni kami pergi empat orang. Me, Hafiz, Acuk dan Syakila. :-) First time saya pergi Miri ni, super excited!

Dalam entry sebelumnya dah janji nak story pasal Miri? :-) Okaylah. Kami menaiki penerbangan dari Kota Kinabalu direct ke Miri dan mengambil masa 30 minit untuk sampai (awal 20 minit dari jadual). 
Jejak sahaja di airport Miri, terus pergi cari kereta sewa. Jangan risau, lapangan terbang Miri ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Boleh pilih nak ke kaunter mana, rate yang dipamerkan lebih kurang sama sahaja. Walaupun rate kereta sewa di Kuching ada murah sedikit berbanding di Miri, tapi tak apa. Yang penting, enjoy!. Jadi untuk kami berempat, kami memilih kereta MyVi kerana jimat minyak, tempat duduk pun luas dan senang nak parking (compact car).

Kalau perasan kat airport Miri  (atau di sekitar bandaraya) ada disediakan peta Bandaraya Miri Walaupun sekarang dah boleh menggunakan Google Maps, peta ni masih lagi boleh menjadi rujukan kepada kita.

Keluar sahaja dari airport... rasa excited tu makin menjadi. Bandaraya Miri sangat indah kerana kurang traffic jam (berbanding Kota Kinabalu), bersih dan kaya dengan kehijauan. Ya betul! Bandaraya yang bersih. Susah nak tengok sampah yang dibuang di merata tempat. Orang Miri juga suka beriadah di waktu petang. Walaupun Miri mempunyai ramai penduduk berbangsa Cina, tapi kehidupan masyarakat yang harmoni itu masih dapat dilihat.  

Mercu tanda Miri adalah kuda laut ataupun seahorse. Cantik ^^
-
-
-
-
-
-
-
-
Antara tempat yang kami sempat kunjungi pada hari pertama di Miri...

TAMAN NEGARA BUKIT LAMBIR
Oleh kerana trip kami pada kali ini tak lama, jadi tak sempat nak ke Gua Niah. Miri mempunyai beberapa Taman Negara yang boleh dilawati. Setakat ini, yang paling hampir dengan bandaraya Miri (lebih kurang 30 minit perjalanan) ialah Taman Negara Bukit Lambir. Yuran masuk bagi pemegang MyKad dewasa ialah RM10.

Jika ke Taman Negara Bukit Lambir, jangan lupa bawa baju spare sebab boleh berkelah dan mandi manda di air terjun. Bukit Lambir mempunyai banyak air terjun, dan yang paling dekat adalah sekitar 20 minit perjalanan. Selain dari berkelah, orang juga datang ke sini untuk hiking dan membuat penyelidikan. Suasana di Taman Negara ini sama seperti ketika saya masuk ke Lembah Danum dulu. Cantik, sunyi dan menenangkan. Nasihat kepada para pelancong yang datang ke Taman Negara Bukit Lambir untuk balik semula ke stesen sebelum jam 4 petang.

Air terjun di Bukit Lambir sangat cantik! Ramai orang berkelah dan mandi manda, tidak kira pelancong dalam dan luar negara.


Kebanyakan pokok-pokok di Taman Negara ini telah dilabel dengan nama. Perjalanan langsung tidak memenatkan kerana kita boleh melihat keindahan Taman Negara ini. Tiada di tempat lain kecuali di Taman Negara Bukit Lambir, Miri.
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sebaik sahaja kami keluar dari taman negara tersebut, kami terus singgah makan di Restoran Muara, antara restoran yang sering disebut-sebut oleh pengunjung yang datang ke sini. Menu special adalah nasi lalapan. Bagi yang belum pernah merasa keenakan sayur medin (kalau orang Sabah sebut sayur lemiding), anda boleh order kat restoran ni.  

Ini adalah nasi lalapan ikan bawal. Harga ikan mengikut gram. (Yang ni RM25). Sambal nasi lalapan ni adalah antara yang must try. Memang sedap.

Menu lain yang menjadi kegemaran adalah nasi lalapan ikan tenggiri.

Nasi ayam penyet juga dijual di sini.  

Sambil makan, anda boleh juga tengok kapal-kapal lalu kat Sungai Baong.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
PANTAI LUAK ESPLANADE
Selepas menjamu selera, terus kami pergi ronda-ronda di Pantai Luak Esplanade, Miri. Kat area ni... rumah punyalah besar!! Tahap mansion. Ada yang siap ada flyover sendiri lagi. Tapi imej di atas ni bukanlah gambar mansion yang ada di area pantai ni. Ni gambar salah sebuah masjid di Miri. Cantik!


 Boleh nampak rumah-rumah besar tersergam indah dari tepi pantai ini (tuuuu kat sana hujung tu)


Setibanya di Pantai Esplanade, punyalah best dapat menghirup udara yang nyaman. Angin yang sepoi bahasa, dengan pemandangan yang indah lagi.... alangkah seronoknya. Ada juga gerai-gerai makanan dibuka di sini, khusus untuk pengunjung yang pergi ke pantai ni.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 
Oleh kerana percutian kami adalah percutian bajet... tiket penerbangan + hotel hanya RM137 sahaja... jadi hotel tempat kami menginap pun tentulah hotel bajet. Walaupun begitu, fasiliti yang ditawarkan amat baik. Ada air panas, televisyen, penghawa dingin dan free parking. Hotel pilihan kami adalah Raja Inn. Kepada sesiapa yang ingin menginap di hotel bajet... boleh pergi ke Raja Inn.




 Pemandangan dari tingkap.... Its okay. Hotel untuk rehat sahaja. Yang lain mestilah kena pergi berjalan-jalan.
-
-
-
-
-
-
-
-
CANADA HILL /
MUZIUM PETROLEUM MIRI
Jika berkunjung ke Miri, tempat yang wajib anda pergi adalah ke Canada Hill. Tempat ini mempunyai banyak sejarah, di mana telaga minyak pertama di Malaysia telah didirikan di sini. Sila rujuk The Grand Old Lady.





Untuk makluman... Muzium Petroleum tutup pada jam 4.00 petang kalau waktu Sabtu dan Ahad. Oleh itu... kami termiss beberapa minit untuk masuk ke muzium ini -_- Kecewa...

Pemandangan di sekitar Canada Hill. Kalau waktu sunset lagi cantik. Selain itu, boleh lihat ramai penduduk Miri yang suka beriadah di kawasan sekitar tempat ini seperti berjoging, power walking dan melihat pemandangan.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
TAMAN AWAM MIRI
Petang tu sempat pergi ke Taman Miri Awam. Taman ni sangat cantik dan seperti biasa, ramai orang datang beriadah kat sini tak kira tua ataupun muda. Ada yang mandi manda, ada yang tengah BBQ, jogging.... tak kurang juga yang tengah main Pokémon Go -_-

 Pemandangan yang saya amik dari jambatan gantung

-
-
-
Nak amik gambar tapi tersalah pula

Barulah okay!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

SUNSET DI TEPI PANTAI
Pantai di Miri sangat indah. Dan sekarang ni Miri tengah extend bandaraya menghala ke tepi pantai. Walaupun tak berapa siap lagi, tapi kami sempat juga masuk ke harbor. Nak tengok sunset yang paling cantik di Miri? Di sinilah kawasannya. Kami amik di jalan belakang menghala ke pantai (tak tau semak mana kami lalu. Tapi ada ramai orang lain menuju ke arah sama)


Beautiful creation of Allah S.W.T. Matahari terbenam adalah salah satu pemandangan terindah di alam semesta ini.
-
-
-
-
-
-
-
-
PASAR MALAM 
 Pasar malam di Miri tak macam di tempat lain. Gerai yang dibuka di sini begitu tersusun, bersih dan kawasan pasar juga luas, memudahkan orang ramai untuk membeli belah. Kawasan pasar terbahagi kepada bahagian makanan, sayur-sayuran dan baju bundle. Pasar ini dibuka setiap malam.

Kek lapis adalah wajib dibeli jika anda berkunjung ke Miri. Berbanding Kuching, kek lapis di Miri lagi sedap, besar dan murah. Harga sige kek lapis RM10-15. Mun beli banyak boleh dapat lagik murah. Coraknya kacak-kacak.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ANIS SUP UTARA

Kat Miri pun ada buka cawangan Anis Sup Utara. Marvelous! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!