Ahad, 28 Ogos 2016

JJCM : Kung Fu La Mian China Muslim Food, Karamunsing - Teringat Makanan Sewaktu di Beijing

Nak rasa Chinese authentic food macam di negara China? Boleh cuba di Kung Fu La Mian China Muslim Food yang terletak di Karamunsing Shopping Complex, Kota Kinabalu. 

Setia makanan yang dihidangkan bersama nasi semuanya dijual dengan harga RM10, manakala dengan noodle pula berharga RM12 sahaja. Bila tengok menu... rasa nak pilih semua. Tapi lebih baik jangan ikutkan nafsu. HeHeHe...

Menu makanan yang menarik dan pelbagai

Oleh itu, kami memilih menu dumpling atau siew mai yang enak ini. Boleh request nak yang berkuah atau dry seperti imej di atas. Inti dumpling ini adalah cebisan daging yang lembut dan juicy. Sedap dimakan bersama sambal cili yang dihidangkan sekali. 

Selain itu, hidangan yang menjadi pilihan Hafiz kali ini pula ialah tomato telur. Rasanya ada sedikit pedas tapi masih enak dimakan. 

Pilihan saya pula adalah ramen daging bersama daun bawang. Apa yang unik mengenai makanan ini, setiap ramen yang dihidangkan adalah dibuat sendiri di kedai ini. Masakan ni? Must try!

Suasana restoran ni membuatkan saya teringat semasa berada di China dulu. ♡♡ Lain kali rasa nak datang lagi ke restoran ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!