Jumaat, 3 Jun 2016

Jom Singgah ke Gerai Cendol Kasih, Kampung Melabau, Beaufort

Khas kepada yang nak ke W.P Labuan atau yang dari Labuan on the way ke Kota Kinabalu, anda kena singgah satu gerai cendol best di Kampung Melabau, Beaufort by pass.

Gerai ni simple sahaja, terletak di tepi jalan sebelah kanan (kalau on the way ke Labuan). Menu yang dihidangkan juga simple seperti nasi lemak, laksa, rojak buah, cendol dan pasembur. Potion setiap menu juga tak terlalu banyak, cukup untuk mengenyangkan perut. 

Apa yang best mengenai gerai ini ialah setiap makanan dijual dengan harga yang murah, sedap dan kalau nak tambah cendol... boleh tambah percuma. Hanya datang ke kaunter depan sahaja. Selain dari menu yang dihidangkan, gerai ini juga menjual kuah rojak buah. Memang sedap dan berbaloi.

Gerai ni setiap kali pun ramai orang datang. Kadang-kadang dalam satu masa ada tiga empat kereta datang semata-mata nak singgah ke gerai ini.

Orang ramai datang berpusu-pusu




Cendol sedap

Jangan lupa rasa rojak buah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!