Selasa, 1 Mac 2016

Khasiat Gel Mandian Bidara Syifa Penawar Sihir (Dijual di Sekitar Kota Kinabalu)

Sebenarnya saya bukanlah seorang yang mudah teruja untuk membeli barangan direct selling atau online, terutama yang berkaitan dengan produk penjagaan diri seperti sabun, krim muka dan lain-lain. Suatu hari, kawan saya memperkenalkan gel mandian Bidara Syifa kepada saya. Katanya daun bidara bagus untuk penawar dan terapi terhadap gangguan jin dan sihir. Selain itu, ia juga terkenal sebagai herba untuk mengatasi masalah penyakit kulit. Mula-mula tu buat endah tak endah sahaja....

Ada sekali tu saya berbual-bual dengan rakan sepejabat. Akak ni kata dia nak beli minyak daun bidara tapi dah habis stok. Tengah tunggu stok baharu. Katanya minyak daun bidara tu banyak khasiatnya. Lepas tu pernah ada kawan sepejabat juga SMS bertanya sesiapa ada tanam daun bidara sebab nak guna untuk rawatan alternatif. Katanya susah nak cari daun tu sekarang....

After saya demam teruk selama seminggu lebih hari tu, saya masuk kerja balik still rasa tak bersemangat. Badan rasa macam lemas... Entah apa jadi kat saya ni pun saya tak tau. Jarang rasa tak bersemangat nak kerja sebenarnya.... Tiba-tiba saya teringat cerita rakan-rakan berkenaan daun bidara yang mempunyai banyak khasiat. Jadi saya belilah sebotol gel mandian Bidara Syifa yang kawan saya jual ni. Tak rugi mencuba.

Alhamdulillah selepas menggunakannya, dah nampak kesan. Saya rasa jauh lebih segar dan dah tak rasa letih lagi. Nak pergi kerja pun rasa bersemangat kembali. Kulit saya yang agak kering selepas outstation hari tu pun dah jadi lebih lembap dan lembut. Apa yang best berkenaan gel mandian ini ialah bau wangiannya yang harum seperti herba. Cara menggunakan gel mandian sama seperti mandi biasa. Boleh digunakan seluruh bahagian termasuk rambut. Sesuai digunakan oleh seluruh lapisan umur. 

Kepada anda yang ingin membeli gel mandian Bidara Syifa khususnya yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu, anda boleh menghubungi terus saudara Radi di talian 012 8686 798 atau Facebook Bidara Syifa Penawar Sihir - Sabah. Harga sebotol hanya RM33 sahaja dan tahan sehingga sebulan lebih, bergantung dengan jumlah penggunaan.

Bidara Syifa dah ada produk baharu iaitu Jus Bidara Syifa. Boleh klik dalam link ini untuk maklumat lanjut. 



cuba sebotol dulu


6 ulasan:

  1. Assalamualaikum.. Saya di Lahad Datu. Macamana ya kalau saya mahu beli sebotol. Boleh pos tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikumusalam.... boleh pos. Sis boleh PM terus dengan seller, Encik Radi

      012 8686 798 atau PM di Facebook Bidara Syifa.

      https://m.facebook.com/Bidara-Syifa-Penawar-Sihir-Sabah-185317521843230/?ref=m_notif&notif_t=fbpage_fan_invite&actorid=1643414930

      Padam
  2. As-salam...kalau yg berada di semenanjung...kalau nak bli gel mandian bidara syifa...boleh hubungi saya juga 0136651759...Hg sebotol rm30..charge pos rm7.Terima kasih

    BalasPadam
  3. Salam...saya ada menggunakan gel mandian bidara ni...tapi saya nak tanya kenapa ya selepas saya gunakan..kaki dan tangan saya sangat gatal dan jadi berbiji pada kaki dan tangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. Untuk maklumat lanjut sis boleh hubungi terus agent Bidara Syifa Penawar Sihir di Facebook:

      https://www.facebook.com/Bidara-Syifa-Penawar-Sihir-Sabah-185317521843230/?fref=ts

      InShaaAllah boleh mengetahui jawapannya.

      Padam

Terima kasih!