Khamis, 28 Januari 2016

Fruto di 1Borneo : Minuman Sihat

Kepada peminat minuman berserat atau yang sihat, boleh berkunjung ke Fruto Juice Bar di 1Borneo. Kedai ni terletak berhampiran Cotton Shop dan menawarkan pelbagai jenis pure jus khas untuk para pengunjung. Lagipun sekarang ramai orang yang mengamalkan konsep gaya hidup sihat, dan Fruto Juice Bar antara kedai jus buah-buahan yang following the trend.

Sesuai dengan harga kerana kelazatan dan ke-original-lan buah-buahan yang di blend begitu terasa sekali. Fruto Juice Bar menyediakan tiga saiz minuman iaitu Small, Medium dan Large. Kalau amik Medium dah boleh dapat dalam bentuk botol 500ml (extra charge RM1 untuk botol). 

Ini adalah kali pertama saya berkunjung ke Fruto Juice Bar. Tertarik dengan decoration nya yang cozy, cam best dan dengan jus buah-buahan tak tau mana satu saya nak pilih... semua pun nampak sedap, tu yang membuatkan saya nak ke Fruto. 

Mula-mula kena bagi trial dulu. Mmm... memang sedap. Lepas tu time nak beli tak tau mana satu nak dipilih. Ada Borneo Tropical Mix, Minty Spinach, Anti-Oxie, Bloody Black Mary dan lain-lain.

Cawangan lain Fruto Juice Bar juga adalah di Level 1, Oceanus Mall, Kota Kinabalu. 

Saya syorkan anda untuk try Fruto Juice Bar. Sangat berbaloi!

Boleh lepak sambil minum jus

Comel!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!