Jumaat, 16 Mei 2014

Pengalaman Muka Berjerawat dan Cara Saya Mengurangkannya - Part 2

Sebelum ni dah baca kisah muka saya yang diserang banyak jerawat secara tiba-tiba. Kalau belum sila klik Pengalaman Muka Berjerawat dan Cara Saya Mengurangkannya - Part 1.

Kali ni nak promote satu lagi produk yang sangat bagus dan boleh didapati dengan harga yang murah, iaitu sabun JF Skin Solutions Anti-Acne Face & Body Care Soap. Sabun ini boleh didapati di mana-mana Watsons atau farmasi berhampiran dengan harga tidak lebih RM10. 

Cetanya begini....

Hari tu kebetulan pergi masuk Watsons. Tengah cari barang, tiba-tiba jumpa sabun ni pula. Masa tu berfikir juga nak beli atau tak sebab kulit dah baik dari jerawat. Cuma ada timbul sedikit kemerahan lagi. Timbulnya kemerahan ini akibat saya cuba pakai krim pelindung (selama diserang jerawat tak pakai krim muka dah. So muka ada sedikit gelap berbanding dahulu.... -_- Takut juga kalau pakai then jerawat timbul balik. Lagipun ubat Akni Care saya dah habis. Nak pergi beli ubat tu kena datang klinik dulu. Harga juga boleh tahan. Akhirnya saya beli jugalah sabun ni sebab kalau tak cuba takkan tau hasilnya.

Baru beberapa hari saya pakai sabun ni, dah menampakkan kesan. Jerawat yang merah dah tak ada lagi. Semua dah kecut. Syukur sangat! Sabun ni mengandungi sulfur sebanyak 10% dan berdasarkan dari review atau testimoni lain yang saya baca, rata-rata pelanggan amat berpuas hati dengan produk ini. Begitu juga saya. Kalau nak maklumat lebih lanjut mengenai produk ini, boleh layari laman web JF Skin Solutions.

Sabun ini sesuai juga kepada anda yang mempunyai jerawat di belakang badan atau mempunyai kulit yang berminyak. Terus terang saya katakan bahawa hasilnya sangat menakjubkan. Dan saya boleh menggunakan krim pelindung cahaya matahari seperti dahulu lagi. ^^

Sekarang saya hanya menggunakan sabun JF Skin Solutions untuk mencuci muka. Gunakan dua kali sehari iaitu siang dan malam. + spray Waazu

Keadaan kulit saya sekarang (15 Mei 2014). Hanya tinggal parut