Rabu, 23 April 2014

Pengalaman Muka Berjerawat dan Cara Saya Mengurangkannya - Part 1

Dah janji hari tu nak ceta kisah kulit muka saya yang tak best ni....

Okay. Kulit saya jenis berminyak dan perlu dibersihkan selalu. Kulit saya juga jenis yang sensitif dan tak boleh guna produk sembarangan....

Dulu masa saya sekolah, muka saya tak ada jerawat. Kalau ada pun jerawat sikit-sikit sahaja. Sampai saya diploma, muka masih licin. Haha XD. Masuk belajar Bachelor Degree.... sama juga tak ada jerawat. Kalau ada pun memang satu dua biji  sahaja. Kerja kat UMS (Sekolah Perubatan)... kalau ada jerawat pun sikit sahaja.. Sampai la saya pindah jabatan bulan Oktober 2012, pun okay lagi. 

Dalam bulan Mei 2013 cam gitu muka dah start naik jerawat. Makin lama makin teruk. Rasanya bulan Jun dan Julai dah tambah teruk sampai ke bulan seterusnya. Nak kata kerja, memang rasa stress berbanding di jabatan sebelumnya. Mula-mula tak peduli. Asyik fokus kerja, sampai muka pun malas dah nak jaga. Mana lagi problem lain kena settle..... nah! Tangan kadang-kadang suka kacau jerawat sebab geram. Nah!!

Mummy dah bising dan suruh guna produk itu ini. Tak juga menjadi. Dah macam-macam benda try. Pencuci muka ni la, lotion itu la.... adei. Boss sampai belikan set penjagaan muka untuk saya. My colleague pun sampai suruh guna satu produk ni... tak berkesan juga. My lecturer bagi nasihat itu ini. Tapi keadaan tetap sama. Berlarutan sampai awal bulan November 2013. Lepas tu mum dan Hafiz suruh saya pergi klinik. Akhirnya saya pergi jugalah. Sebab ramai dah asyik tegur kenapa muka teruk sangat.

Doktor maklumkan hormon imbalance sebab stress bekerja. Jadi ada sedikit nasihat daripada doktor iaitu:
  • Gunakan produk pencuci muka yang sesuai
  • Elakkan makan banyak seafood dan telur
  • Elakkan mengambil Vitamin E kerana akan membuatkan parut jerawat menjadi hitam


Dipendekkan cerita, saya diberi beberapa ubat untuk merawat kulit muka saya iaitu:


1. Pil perancang kehamilan untuk makan selama 3 bulan = 3 kotak (untuk stabilkan hormon - bukan untuk elak hamil XD). Peringatan - Jangan amik pil ini sembarangan. Dapatkan nasihat dan syor dari doktor terlebih dahulu. Nak makan pil ni pun ada aturannya. Harga pil berjenama Diane 35 adalah dalam RM56+. 

2. Lotion Aknicare, RM135. Memang bagus untuk rawatan bagi muka berjerawat. Dah masuk tiga botol saya amik untuk kurangkan jerawat. Selain dari beli kat Poliklinik Permai, boleh purchase through online dengan kadar yang lebih murah di TheSkinMed Shop, United Kingdom. Atau cari di mana-mana online store yang ada jual produk ini. 

Selain itu, semasa keadaan dalam pantang (masih berjerawat) saya juga:
  • Tak guna sebarang produk. Kalau nak cuba produk baru, beli yang trial dulu. Then kalau tak sesuai, jangan terus gunakan produk tersebut. Saya hanya menggunakan cleanser Hada Labo (Deep Clean & Pore Refining. - Gosok kat muka sekejap sahaja. Jangan lama-lama). Saya tak gunakan sebarang krim pemutih, lotion dan lain-lain.


  • Tak pakai foundation muka. Kadang-kadang hanya sapu nipis compat powder atau tak mengenakan sebarang mekap.
  • Selalu ganti / cuci span dan berus mekap
  • Selalu lap / cuci muka yang berminyak
  • Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.


  • Jarang dah minum soda. Ganti dengan minuman teh
  • Banyakkan minum air putih
  • Jangan pakai bedak sejuk atau clay mask. Walaupun rasa sejuk tapi sebenarnya ia panas. Jerawat akan naik balik. Kadang-kala saya hanya gunakan peel-off mask sahaja.
  • Jangan gatal tangan kacau jerawat kerana akan meninggalkan parut dan jerawat akan membiak
  • Untuk menambahkan seri, minum Innershine. 
  • Dan kepada Muslimin dan Muslimat, wuduk itu penenang hati dan penyeri wajah :-)

-
-
-
-
-
-
-
Ooo yaaa! Ada satu lagi produk yang betul-betul bagus dan banyak menyumbang untuk menghilangkan jerawat muka saya. Walaupun dah makan pil hormon + Aknicare... muka memanglah masih ada sedikit jerawat (mustahil hilang terus 100%). Pil hormon ni saya tak boleh dimakan dalam jangka masa yang panjang dan nak beli Aknicare tu agak mahal. Jadi saya try this new product called Waazu. Saya sangat sangat sangat syorkan Waazu kepada anda yang mengalami masalah jerawat. Very effective, cheap and multipurpose. Sebelum apply bedak, saya akan spray kat muka saya. Dan malam sebelum tidur pun sama juga... saya akan spray kat muka saya. 

Masa saya gunakan produk ini, ia masih tak ada di pasaran lagi. (Actually pengasas produk ini adalah rakan my boss... jadi dia bagi saya guna dulu untuk tengok okay atau tak). Dan sebenarnya sangat sangat bagus.  

By the way, sekarang jualan dah meluas, terus saya share untuk rakan-rakan semua. (Updated 12/4/2016). Produk ini bukan sekadar sanitizer sahaja, tapi sebagai pencuci luka, menghilangkan gatal-gatal akibat allergic (habuk), mata yang penat, merah atau gatal pun boleh digunakan, muka berjerawat pun sangat berkesan dan banyak lagi manfaat Waazu. Produk ini disahkan Halal oleh JAKIM dan tidak mengandungi alkohol (boleh dibawa solat). Selain itu, produk ini tidak mengandungi racun, multipurpose, boleh dibawa travel dan sesuai digunakan oleh semua orang dan semua jenis kulit. 


Alhamdulillah... lepas tu jerawat dah beransur pulih. Makanan saya kena berpantang walaupun kadang-kadang tu langgar pantang juga. Haha...! XD

Jom tengok muka saya sebelum saya mendapat rawatan hingga sekarang.

15 Oktober 2013 (Sebelum saya mendapat apa-apa rawatan)

27 Disember 2013 (Dua bulan setelah saya mendapat rawatan di klinik)

28 Februari 2014 (Masa ni tak makan pil hormon lagi. Hanya teruskan dengan penggunaan lotion Aknicare + Waazu)

23 April 2014 (Tidak menggunakan sebarang foundation muka. Original picture ^^) - Tak menggunakan Aknicare dah... dan hanya teruskan menggunakan Waazu

Terima kasih kerana sudi membaca page saya ini. Moga-moga ia memberi manfaat kepada pembaca sekalian. ^^

P/S - Kecantikan semulajadi bermula dari sifat yang  indah, kata-kata yang menyenangkan dan personaliti yang mengagumkan.

Jom tengok keadaan dan produk yang saya gunakan selepas jerawat saya makin berkurangan.

Pengalaman Muka Berjerawat dan Cara Saya Mengurangkannya - Part 2
Pengalaman Muka Berjerawat dan Cara Saya Mengurangkannya - Part 3

92 ulasan:

  1. wee..nmpak p'bezaannya...terus rata xda grabel..hehe...lepas ni flawless laa akak...
    hmm...krim muka memang mahal...tp hasil...daebakk ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya. Syukur dah beransur pulih. Huhuh ^^ Alhamdulillah~ In Shaa Allah bulan depan dah makin okay kot ^^

      Padam
  2. skrg ok daa tu kak..cuma still nampak bekas...
    erm...kak..apa krim utk atasi muka yg tgh sunburn...sya pnya kulit akhir2 ni mcm 'matang'...gelap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xda pakai apa2 krim Zira. mlm2 sahaja sy pkai krim moiturizer tu pun jarang2... klu guna krim muka naik jerawat balik. Kcuali kalau trpaksa pakai krim sbb aktvti luar.

      Padam
  3. Insya Allah ada solution macam akak dulu pun muka macam ni .Jemput datang blog yer..Tq

    BalasPadam
  4. Pergi ke klinik mne? Ke g klinik2 biase pn boleh ke

    BalasPadam
  5. Ke klinik biasa sahaja. Doktor akan tanya punca dan syorkan ubat jerawat yg berkesan selepas itu. Sy ke Poliklinik Permai cawangan Kota Kinabalu.

    Ubat Aknicare ini sangat berkesan kepada saya dan saya telah guna sebanyak 3 botol dalam masa beberapa bulan. Lepas tu saya stop sebab jerawat dah makin kurang.Sekarang saya hanya guna sabun JF skin Solution yg dijual di farmasi termasuk Guardian dan Watsons.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sis..blh x gne ubat aknicare jew..x nak mkn pil perancang

      Padam
    2. Salam. Boleh guna Aknicare sahaja. Tak ada masalah :-)

      Padam
  6. Alhamdulillah, nampak perubahan, lama lama makin cantik tuh

    JOM TUKAR KE BLOG RESPONSIVE

    BalasPadam
  7. Terima kasih berkongsi artikel ini. :D

    Perkongsian: Jenis-Jenis Jerawat Teruk

    BalasPadam
  8. kak sy nk tya. produk hada labo tu mmg bagus ke?sy ada survey produk tu bru2 ni kat Watsons. tapi was2 nk beli.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Setakat yg saya menggunakan produk tersebut tiada kesan negatif kepada saya walau kulit saya agak sensitif serta susah utk memilih produk yg sesuai. Walaubagaimanapun ianya mengikut jenis kulit dan individu juga. My mum ada try juga tapi cam x berapa sesuai ngan dia pulak.

      Padam
  9. hai.boleh saya tahu macam mana kesan kat mak awak? sbb saya ada beli hada labo ni dua hari lepas, dan hari ni ada jerawat nak kat ppi seketul.kalau macam tu maknanya tak sesuai ke cane?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Setakat ni saya menggunakan hada labo, muka saya x ada effect apa2. tetapi sekiranya selepas digunakan dan timbul jerawat... better jangan teruskan guna. Mungkin tak sesuai kat muka saudari.

      Padam
  10. Hi sis. Saya pun ada amik pil diane for 3mths and all my jerawat gone pastu oily face pun ilang. I stop after 3 mths n slowly mY jerawat pop up....arghhh sis camna lak lepas stop? Ok x?....saya ingat nak mkn blk...tp takut sbb saya pun lom kawin....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Pil perancang x boleh makan lebih dari tu sebab takut ada kesan (takut x leh mengandung kalau dah kahwin nanti). Saudari ada berjumpa doctor dan try ubat jerawat yang disyorkan oleh doktor?

      Lepas saya makan pil perancang, jerawat ada tumbuh balik tapi tak banyak. Sy menggunakan ubat Aknikare treatment lotion (disyorkan oleh doktor). Harga RM100+. Setakat ni saya menggunakan sebanyak 3 botol untuk beberapa bulan. Lepas tu tak guna dah sebab mahal.

      Sekarang sy hanya menggunakan sabun JF skin solution, khas untuk mereka yang mempunyai jerawat. Boleh didapati di Watsons atau Guardian. RM8.50. Dan saya kurangkan makan telur. Makan telur selalu boleh buat jerawat tumbuh balik.

      Selamat mencuba ^^

      Padam
  11. Pil perancang diane35 tu awak makan lg x...kene mkn 3 bulan ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy x makan dah pil tu. Sy makan atas nasihat doktor dan di syorkan makan selama 3 bulan sahaja. x boleh makan lebih dari itu. :-)

      Padam
  12. hi sis.. sy nak tya ..sis guna peel off mask brand apa yer?..... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Sy jarang juga mask muka. Tapi ada masa2 sy akan menggunakannya juga. ^^ Sy suka menggunakan produk Freeman Peel Off Mask.

      Padam
  13. hi kak. kblkngan ni jerawat sy tumbuh mdadak. sy x tahu knpe. sy guna produk garnier. adakah produk tu x sesuai? mcn mne nak atasi muka bminyak? produk apa yg sesuai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Adakah saudari baru sahaja menggunakan produk tersebut? Kalau baru sahaja menggunakan dan tiba2 jerawat naik mendadak, lebih baik stop gunakannya. Kemungkinan produk x sesuai. Jerawat juga bole tumbuh akibat pengambilan makanan berminyak, alahan kepada seafood/telur, muka berminyak, pori2 tersumbat, nak period, stress dan hormon kurang stabil. Jgn sentuh jerawat dan lepas tu menyentuh ke bahagian muka yang lain kerana jerawat cepat berjangkit.

      Cara saya mengatasi muka berminyak adalah dengan menggunakan Clean & Clear Facial Blotter (kertas minyak yg warna biru tu).

      Semenjak jerawat saya makin berkurangan, saya dah mula pakai toner (setiap malam selepas mandi) untuk membersihkan muka sebab walaupun kita dah basuh muka, ada lagi sisa mekap yang belum tanggal yang kita tak nampak. Sy guna toner Safi Balqis Perfect 10.

      P/S - Muka berminyak melambatkan penuaan. ^^

      Padam
  14. Salam sis. Hm nak tanya macam mana nak hilangkan parut jerawat? Jerawat dah tkde tapi parut jerawat byk sis. Merah2. Hritu makan vit c pun mcm tak pudar je. Taktau dah nak pakai apa. Give up dah rasa hm ����

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Teruskan dengan mengambil vitamin C sekurang-kurangnya 1000mg sehari. Vitamin C bukan sahaja membantu mengelakkan selsema tetapi amat baik untuk kulit. Gunakan skrub muka. Kalau skrub muka saya... sy gunakan lulur mandi sahaja kerana xda campuran bahan kimia. Takut x sesuai produk2 lain yg ada bahan kimia. Doktor sarankan jangan gunakan produk vitamin E untuk disapu di muka kerana dikhuatiri parut menjadi hitam. Dan kurangkan makan kicap kerana juga myebabkan parut hitam. Boleh amalkan makan kolagen kerana baik untuk kulit.

      Nak share satu tips lagi. Guna krim muka Gamat. setakat ni jenama Gamat Healin paling bagus. Dulu muka akak saya pernah kena jerawat yang amat teruk. Dan dia guna krim gamat Healin. tapi masa tu produk Healin tak berapa famos lagi dan murah. Sekarang ni ada costly ckit la.

      Satu tips lagi.... saudari bole berjumpa dengan doktor perubatan dan minta syorkan produk untuk menghilangkan masalah parut jerawat.

      Ada certain parut jerawat yang susah nak hilang seperti parut jerawat batu. tetapi In Sha Allah dengan usaha, masalah tersebut makin berkurangan. :-)

      Padam
  15. alhamdulillah dah ok ye muka, saya pun takut nak guna produk macam2 ni, sebab pernah terkena..jangkitan kuman..takutt sangat habis teruk muka, sekarang setia pada yang satu Nutriwhite..alhamdulillah..nak tau cerita jom follow blog saya =)

    BalasPadam
  16. assalamualaikum

    wow mmg nampak perubahan yang ketara. alhamdulillah dah jumpa produk yang sesuai. hilang sikit beban di hati bila tengok kulit wajah semakin pulih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikumusalam....

      Alhamdulillah... ~

      Padam
  17. Assalam sis .. Di mn blh dptkan aknicare lotion tu ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam... sy beli Aknicare di Poliklinik permai cawangan Kota Kinabalu. Tapi perlu brjumpa dgn doktor terlebih dahulu sebelum dptkan ubat ini.

      Padam
  18. 7 tahun kawan saya terseksa dengan kulit yg teruk macam2 rawatan dan buat..macam2 produk dah cuba tak ok juga..tapi lepas cuba satu jenama ni alhamdulillah masalah dah setel.

    BalasPadam
  19. salam sis,, sy dlu prnah naik jerawat area pipi pstu terus tukar produk kosmetik ni.. pakai 2,3 bln dh nmpak perubahan tapi dekat dahi plk makin tumbuh ..n dkt pipi plk tumbuh biji2 kecik mcm jerawat tp dkt dalam lar. so sy amik decision utk jumpa pakar..Dr syorkan sy guna krim dy untuk keluarkan minyak brlebihan n pakai sunblock yg free oil..so sy beli lar dkat klinik tu jgk.. mula2 pakai tu ok pstu makin lama jerawat start naik balik dkt pipi tp sebelah Kiri je.. n smpai sekarang..dh tu tinggal parut pulak..so sy gilir2 pakai azanis utk parut, krim yg Dr syorkan n ubt jerawat delacin T yg sy beli kt frmasi.. tp jerawat still naik jgk so mcm mna ye skrg?? tp tiap Kali sy pakai sunblock tu ada sy pakai compact powder sekali n kdg2 sy pakai bedak debu ronasutra yg 100% dri mineral ..ermm tp makin lama makin stress plk tgk muka ni yg x pernah nmpak licin..ad je biji2 kecil tmbuh klau jerawt tkde sekalipun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sis. Sy cadangkan sis utk bersihkan berus mekap, span bedak compact dan sewaktu dengannya dengan lebih kerap. Cuci dengan warm water dan sabun serta keringkan sebelum digunakan kembali.

      Facial blotter boleh digunakan untuk membantu mengawal minyak di muka. Jenama yg di syorkan sangat2 adalah Clean & Clear.

      Kalau malam sebelum tidur sis ada guna toner? Toner membantu untuk menyegarkan muka dan membuang kotoran berlebihan di muka. Terutama jika setiap hari guna mekap, amat sesuai gunakan toner. Walaupun dah cuci muka dengan pembersih, still digalakkan guna toner kerana mesti ada kotoran berlebihan yang pencuci muka x tanggalkan. X perlu mahal pun ok. Saya pernah guna toner jenama Syurah. Sangat bagus. Tapi jangan lap kat muka kuat sangat sbb muka sis sensitif.

      Masa cuci muka juga... jgn cuci muka kuat sangat dan gosok terlalu lama. Gosok sekejap then basuh muka terus dengan air.

      Dari segi pemakanan, banyakkan makan buah-buahan seperti jambu batu yang kaya dengan vitamin C dan makan sayuran hijau. Makan vitamin C dan supplement seperti colagen (amik yang tinggi sikit. 5000mg ke atas) boleh membantu merawat kulit sis.

      Selamat mencuba :-)

      Padam
  20. Hi sis.. saya pengguna diane-35 sudah hampir 8 bulan and still pegi appointment dengan doctor kulit saya..nak tanya doctor tapi takut kena marah plak. Hahaha.. boleh tak makan supplement lain semasa sdng consume dengan diane-35? atau sis sendiri ada pengalaman begitu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Saudari memang dapatkan khidmat doktor untuk consume diane-35 untuk kulit selama 8 bulan kan? ^^ semasa saya makan diane-35, saya juga ada makan supplement lain. Tapi untuk pengesahan ttg effect, better tanya kepada yang lebih pakar ^^

      Padam
  21. terimakasih atas informasinya gan, saya mencari informasi tetang jerawat yang selalu mengganggu penampilan wajah.
    .

    BalasPadam
  22. Good info. Tapi saya pun mengalami mslh yg sma. Dan menjadi sangat terok. Pernah pg jumpa doc. Tapi jerawat msh jugak naik. 😞

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di waktu remaja biasanya jerawat akan begitu aktif kerana berlakunya perubahan hormon. walaubagaiamanpun, jerawat akan mula berkurangan apabila umur kira semakin meningkat dewasa.

      Saudari jangan berputus asa dan terus mencuba. InShaaAllah akan dipermudahkan

      Padam
  23. salam. . .sis,boleh sy tau sis pergi jumpa doktor dkt mna ye. . .sy nak tau ap punca mslh kulit wjh sy yg sbnrnya. . .Dri dlu mslh jerwt xprnh btkurg,pening dh sy nk cuba fhm kulit wjh sy ni. . .sy nk jumpa dktr,tqpi xtau dktr ap n dmna. . .tkut jgk klau trslh jmpa doktr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Saya berjumpa doktor di Policlinic Permai Kota Kinabalu. Jika saudari Hanis mempunyai masalah kulit yang serius, lebih baik saudari berjumpa dengan doktor pakar. walubagaimanapun, konsultasi doktor pakar biasanya mahal. Oleh itu, berjumpalah dengan doktor biasa terlebih dahulu.

      Alternatif lain ialah pergi ke farmasi. Saya nak share skit. Dulu kawan saya mempunyai masalah jerawat yang amat teruk. Dan dia pergi ke farmasi dan berjumpa terus dengan pharmacist. Pharmacist tersebut mencadangkan kawan saya makan pil antibiotik untuk kulit. Memang kena belanja lebih sikit tetapi jerawat kawan saya jauh berkurang Tetapi sebarang pengambilan ubat2 an perlu mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu.

      Padam
  24. Asslm..sis..nk tnye...muka sy ni jnis brminyk....n gatl_"...skunk sy pkai sfi timun tp xsmpai 1 bln la....tp muka still gtl...n now sy cdg nk li safi blqis prfct 10....ok ke sis?? Sy da try trlalu byk produk...hmmm runsing sgt...hrp sis bole bntu sy...^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam Safina...

      Adakah muka Safina mempunyai jerawat atau gatal disebabkan allergic? Kalau allergic, sy cadangkan Safina menggunakan sabun Sebamed Cleansing Bar. Sabun ini mempunyai p.h 5.5 dan sesuai untuk individu yang mempunyai kulit sensitif dan berminyak. Boleh juga digunakan kepada kulit berjerawat. Brand ini juga banyak di syorkan di klinik dan hospital kerana ia clinically tested.

      Saya belum pernah mencuba cleansing Safi Balqis Perfect 10, tetapi saya pernah cuba toner Safi Balqis Perfect 10 dan setakat percubaan itu... kulit saya tidak menghadapi sebarang alahan. :-)

      Padam
  25. Sthu sy sy xde elergi..but sy ad resdg....hmmmm...jerwt nsi...xmiss kt muka...n beks jerwt pun da mkin byk..sbb tgn ni da xthn sgt...huhuhu...mcm ne ea sis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resdung juga salah satu punca jerawat. Walaupun skrg jerawat saya jauh berkurangan tapi masih ada sikit2 lagi sebab resdung.

      Saudari Safina kena pantang makan seperti seafood (seperti udang) dan telur. Kalau x muka mesti naik jerawat dan gatal. Masa nak cuci muka, cuci dengan air sejuk utk tutup pori2. Dan masa cuci muka dengan cleanser.. buat ala kadar sahaja (jgn gosok muka lama sangat).

      Ada alternatif untuk mengurangkan resdung iaitu minum jelly gamat. Safina juga boleh try habatus sauda kerana ia mempunyai banyak khasiat utk melawan penyakit. Selain itu amalkan kehidupan sihat seperti bersenam dan bersukan.

      Individu yang mempunyai resdung pasti mengalami hidung tersumbat. Cuba kurangkan dengan minum minuman suam (teh atau kopi pun boleh) atau bawa pergi mandi (mandikan rambut juga). Jika teruk, boleh try dengan ubat Clarinase, atau nasal spray Oxy Nase (tapi penggunaan nasal spray ini tidak boleh terlebih dose).

      Selebihnya kena berjumpa dengan pakar ENT untuk rawatan resdung lebih lanjut.

      Untuk menghilangkan bekas jerawat adalah dengan mengamalkan pengambilan vitamin C dan E. Tapi jangan sapukan produk vitamin E di muka kerana akan meninggalkan kesan hitam bekas jerawat.

      Padam
  26. Thu x sis mcm ne nk ilg kn jrwt nsik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jerawat nasi berpunca daripada perubahan hormon atau kulit yang berminyak. Kotoran akan menutup pori2 dan menyebabkan whiteheads dan jerawat nasi. Cara termudah untuk mengurangkan jerawat ini adalah dengan:

      1. Mengurangkan minyak di muka. Mencuci muka dengan air (kalau kat rumah senang buat) Ketika berada di luar.... boleh lap muka menggunakan Clean & Clear Facial blotter apabila muka nampak agak berminyak.

      2. Membuang whiteheads yang terkumpul. Gunakan Biore Pore Pack untuk buang whiteheads yang terkumpul di kawasan T-Zone (hidung, dagu dan dahi). Atau dengan cara mengwapkan muka agar pori2 terbuka, kemudian cuci muka dan letak toner untuk tutupkan kembali pori2.

      3. Gunakan ubat jerawat. Setakat ni ubat jerawat kegemaran saya adalah T-Tree kerana ianya lebih face friendly. :-) Sapukan di bahagian kulit yang mempunyai jerawat nasi

      4. Kerap minum air untuk kelembapan kulit dan kekal hidrasi.

      Padam
    2. salam sis, saye start masalah jerawat time umor saye 10 tahun then time tu jerawat aktif dekt dahi n time tu x pakai ape2 produk sebab belum ade kesedrn lgi, n time sek men saye start pakai safi tpi time tu jerawat pasir je byk n bekas jerawat yg tggl kat dahi n after abes spm, jerawat saye still naik tpi naik dekat pipi n tu bukn jerawat biase tpi jerawat batu����bile masuk univ saye try lh nano white dlm mase sebulan n mcm x berhasil je tpi time ni siap try sekaly dgn krim jerawat nano white pastu saye move on to cetaphil sebulan jugak saye try n rase x puas hati pastu lastly saye try produk kosmetic online, baru pakai kejap kulit saye dh gatal2,so sekrg saye dh stop pakai ape2 n jerawat still aktif kat muke ni���� boleh x sis bgi sikit advice ke solusi ke bg masalah saye ni���� kalau ikotkn dh 9 tahun dah saye hidup dgn jerawatni����

      Padam
    3. Salam Anis. Terima kasih untuk pertanyaan Anis.

      Sebenarnya jerawat yang Anis hadapi mungkin berpunca dari hormon yang tidak stabil. Ditambah lagi ketika masuk ke alam universiti, stress (maybe akibat belajar) dan keadaan persekitaran boleh menyebabkan jerawat bertambah.

      Berdasarkan pengalaman sekiranya jerawat batu yang kronik, Anis boleh pergi ke farmasi dan minta pendapat dari ahli farmasi tentang ubat yang sesuai. Biasanya mereka akan bagi antibiotik (satu papan dalam RM15-RM20 kalau x silap) dan mencadangkan untuk makan antibiotik tersebut selama beberapa bulan (mungkin 3-6 bulan).

      Individu yang ada jerawat di muka dan mempunyai alahan untuk sebarang produk adalah orang yang berkulit sensitif. Cetaphil digunakan sebagai cleanser (kerana produk ini semulajadi dan tiada bahan kimia) tetapi mungkin tidak akan dapat menghilangkan jerawat dengan cepat. - berdasarkan pengalaman yang berlaku kepada kawan saya. Jerawat batu semakin berkurang setelah makan antibiotik selama beberapa bulan.

      Perlu diketahui, rawatan jerawat memakan masa selama beberapa bulan atau mungkin bertahun, terpulang kepada keadaan seseorang.

      Kepada individu yang mempunyai jerawat biasa atau jerawat pasir, boleh menggunakan gel T3.

      Penggunaan facial blotter (jenama Clean & Clear yang terbaik) membantu mengurangkan minyak di muka yang menyebabkan pori2 tersumbat dan mengakibatkan jerawat.

      Selain itu, Anis boleh cuba menggunakan krim muka gamat... yang betul2 gamat seperti krim Gamat Healin. - berdasarkan pengalaman ahli keluarga yang pernah kena jerawat batu yang sangat teruk. selepas menggunakan krim gamat, jerawat beransur pulih.

      Padam
  27. Assalamualaikum sis..saya mempunyai kulit muka yang sangat nipis akibat daripada produk2 yang saya guna semasa saya berumur 13 tahun. Tetapi saya tidak mempunyai masalah jerawat yang kronik atau teruk walaupun mempunyai kulit muka yg nipis sehinggalah saya masuk matrik dua tahun yang lepas..pada semester 2.. jerawat naik secara mendadak bermula di kawasan dahi dan kawasan hidung. Saya sebenarnya takut nak mencuba produk2 muka kerana takutkan muka saya akan semakin nipis. Pada awal januari 2016, saya telah byk menghabiskan duit utk mbeli suplement utk mengurangkan jerawat2 ini..tetapi x semuanya berkesan hingga latest, saya telah makan kcolly kerana disyorkan oleh kawan rapat..pada pendapat sis, apa produk yang saya patut guna tetapi tidak menipiskan kulit wajah. Baru2 ni, saya telah mngguna pencuci garnier, tetapi ianya tidak sesuai utk kulit wajah saya. Mohon pertolongan sis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikumusalam wbt.... jerawat naik dengan banyak boleh disebabkan oleh stress kerana belajar dan perubahan hormon. Pada peringkat umur Aieda adalah antara waktu2 normal yg akan keluar byk jerawat. Jerawat juga disebabkan persekitaran dan pemakanan.

      Aieda makan Kcolly ada nampak perubahan ke?

      Jika jerawat belum mencapai tahap kronik, Aieda boleh try guna T3. Produk ni lebih natural berbanding produk yg lain. Kalau Oxy ada kuat sikit dan boleh menyebabkan kulit mengelupas.

      Tapi jika jerawat dah keluar banyak sangat... Aieda boleh minta nasihat dengan ahli farmasi dan mereka akan syorkan ubat yang sesuai dgn Aieda. Jerawat kronik juga boleh diubati dgn antibiotik (tapi kena minta nasihat doc atau farmasi dulu).

      Satu lagi bahan semulajadi adalah krim gamat. (Krim garnier pun kurang sesuai dgn sy juga kerana berminyak).

      Jangan gunakan krim malam kerana khuatir jerawat bertambah. Cuci muka dengan menggunakan air sejuk dan apabila bilas muka dgn sabun, gosok ala kadar sahaja.

      Aieda ada tak menggunakan toner? Toner bagus utk menghilangkan kotoran brlebihan dan merapatkan pori2. Sy syorkan produk Safi Rania toner yg warna biru tu.

      Krim apa yg Aieda gunakan? Ada certain produk boleh menipiskan kulit seperti krim extrak kunyit atau sabun papaya. (biasanya krim pemutih).

      Padam
    2. Wa alaikumusalam wbt.... jerawat naik dengan banyak boleh disebabkan oleh stress kerana belajar dan perubahan hormon. Pada peringkat umur Aieda adalah antara waktu2 normal yg akan keluar byk jerawat. Jerawat juga disebabkan persekitaran dan pemakanan.

      Aieda makan Kcolly ada nampak perubahan ke?

      Jika jerawat belum mencapai tahap kronik, Aieda boleh try guna T3. Produk ni lebih natural berbanding produk yg lain. Kalau Oxy ada kuat sikit dan boleh menyebabkan kulit mengelupas.

      Tapi jika jerawat dah keluar banyak sangat... Aieda boleh minta nasihat dengan ahli farmasi dan mereka akan syorkan ubat yang sesuai dgn Aieda. Jerawat kronik juga boleh diubati dgn antibiotik (tapi kena minta nasihat doc atau farmasi dulu).

      Satu lagi bahan semulajadi adalah krim gamat. (Krim garnier pun kurang sesuai dgn sy juga kerana berminyak).

      Jangan gunakan krim malam kerana khuatir jerawat bertambah. Cuci muka dengan menggunakan air sejuk dan apabila bilas muka dgn sabun, gosok ala kadar sahaja.

      Aieda ada tak menggunakan toner? Toner bagus utk menghilangkan kotoran brlebihan dan merapatkan pori2. Sy syorkan produk Safi Rania toner yg warna biru tu.

      Krim apa yg Aieda gunakan? Ada certain produk boleh menipiskan kulit seperti krim extrak kunyit atau sabun papaya. (biasanya krim pemutih).

      Padam
  28. Salam..tumpang lalu...saya nk tnya kot2 ada sape2 yang nak try guna hada labo...saya ade beli 3 rsenye hri tu..tp bru guna skli dua je..sy nk bg je kt sape2 yg nak..xjual ye..ade jgk produk lain yg sy nk let go for free..sape2 nk..emel ye... ulinn92@yahoo.com...
    Sy bg free je..nnt sy pos klau sape nak...
    ..nak buang, syg plk..tq... :)

    BalasPadam
  29. Dimana sy boleh dptkan waazu tu?muka gatal2 xboleh kena habuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Boleh layari ke laman web Waazu di http://waazu.my/ untuk mengetahui senarai tempat yang menjual produk ini

      Padam
  30. Salam. Dimana boleh sy dptkan gamat healin..plus waazu jgk..muka gatal yg teramat n jrawat berlumba naik..sy di sabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam.... saudari hubungi Waazu Kota Kinabalu. https://www.facebook.com/Waazu-Kota-Kinabalu-1713217048960854/

      Terus PM ke page ini

      Padam
  31. makin cantik, nampak perubahan beransur pulih

    BalasPadam
  32. Yna, poliklinik permai Cwngn kta kinbalu yg dekat ngan suria sabah tu ka?( sebelah cimb bank)

    BalasPadam
  33. Hye,I am selling eskinol dee facial cleanser online..u contact me through whatsapp or telegram +60138440073..

    BalasPadam
  34. Salam tumpang iklan ye admin yg comel..hehe..pape tgk dkt link ye..tq
    http://m.mudah.my/view?ad_id=48320211

    BalasPadam
  35. salam..sy nak tanya muka sy dlm masa 3 minggu ni naik jerawat kat bahagian dagu..jerawat kuar bertubi2..macam mana nak hilangkan jerawat tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam.... jerawat naik di bahagian dagu boleh juga disebabkan oleh hormon. Biasanya kalau nak period atau selepas period boleh naik jerawat. Jerawat hormon ni naik satu atau dua jerawat besar.

      Jangan sentuh jerawat tersebut menggunakan tangan kerana dikhuatiri akan merebak ke tempat lain. Cuba gunakan gel jerawat T3 - untuk outbreak (warna purple). Gunakan pada siang hari dan malam sebelum tidur selama 3 hari.

      Padam
  36. Jerawat saya lebih teruk.. Malu nak berdepan dengan org.. Xtahu nak buat apa lg.. Nak beli prduk mhl² xmmpu, nak buat rwtn muka lagilah. Stresssss

    BalasPadam
    Balasan
    1. InShaaAllah ada caranya. Saya boleh cadangkan ke farmasi untuk beli antibiotik khas untuk jerawat. Antibiotik tersebut hanya diberikan kepada individu dengan jerawat yang kronik. Makan selama beberapa bulan atas nasihat farmasi.

      Cara ini berkesan dan affordable berbanding cara lain. Keluarga saya baru2 ini mengalami masalah jerawat yang teruk dan diberi makan antibiotik. Alhamdulillah sekarang dah makin pulih

      Padam
  37. Visit my ig "waylife_product" saya jual produk kecantikkan firmmy cream..

    BalasPadam
  38. Assalamualaikum. Tumpang tanye, memang hal tentang perihal kulit(jerawat) memang boleh rujuk di klinik biase ke selain clinic dermatologist? Saye ade jerawat sejak dari umur 13 lagi dan skrg umur 18 tahun. Dalam tempoh tu saye try macam2 produk untuk hilangkan tapi still takleh dapat kulit licin macam dulu dulu. Sepanjang 5 tahun tu saye berperang dengan emosi sendiri sampaikan menangis sebab jerawat tu dah menjadi kebiasaan.

    Masalah saye:

    1. Saye ade resdung(tapi dah buat rawatan di tempat khusus utk resdung iaitu di Sinar Permata dan perabis duit hampir 1K di sane)tapi lepas buat rawatan tu,still kulit muke saye tak licin.
    2. Saye perasan, bile saye ke luar negeri, jerawat akan tumbuh dengan banyak.

    Saye memang nak pergi ke klinik pakar kulit tapi family saye ade masalah kewangan.

    Sekarang ni, saye perlu tahu punce jerawat saye, adekah boleh jadi kerana masalah hormon juga ke macamane. Ataupun saye bertanye di tempat yang salah? XD ataupun the cheapest way is rujuk dengan pharmacist?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam.... Masalah jerawat juga boleh dirujuk di klinik biasa dan farmasi, tetapi untuk yg lebih baik boleh dirujuk kepada dermatologist kerana penjelasan yg lebih mendalam.

      Doktor di klinik biasa akan memberikan cadangan ubat yang sesuai dan jika tiada perubahan, boleh maklumkan kepada doktor tersebut. Oleh itu, doktor akan senaraikan beberapa klinik pakar derma yg sesuai untuk dirujuk.

      Ada banyak faktor yang menyebabkan kulit kita berjerawat. Salah satunya makanan. Faktor lain seperti produk yg x sesuai, hormon, kulit sensitif dan lain2 pun boleh jadi juga.

      The cheapest way boleh pergi ke farmasi dan kena tanya doktor kat farmasi tu ubat yg sesuai. Utk umur 18 mmg berlaku perubahan hormon dan keadaan berjerawat boleh terjadi sehingga umur lebih dari 20 tahun jika tidak dirawat.

      Pemulihan daripada jerawat mungkin mengambil masa tetapi berbaloi dan akan berpuas hati dengan kesan selepas dirawat

      Padam
  39. tahniah berjaya hilangkan jerawat

    BalasPadam
  40. Salam..skrg produk/skincare ape awk guna ye..bleh share x?cleanser,toner,moisturizer,etc..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam...... sebelum ini saya juga dah beberapa kali tukar produk muka. Dan untuk yang the latest product yang saya gunakan ialah Safi. Ianya sesuai dengan muka saya yang sensitif, malah harganya juga berpatutan. Berikut adalah rutin penjagaan muka saya yang terbaharu setakat ini:

      Krim siang - Safi Balqis Oxywhite
      Krim malam - Safi Balqis White Trilogy (Hanya guna kalau kulit nampak kering)
      Pencuci muka - Safi Susu Sari Manggis dan Habbatusauda
      Toner - Safi Balqis White Trilogy
      Moisturizer - Clinelle Pure Swiss (Hanya guna area T Zone sahaja)
      Mask muka - Naruko Raw Jobs Tears (merah)

      Padam
  41. assalam, sy nk tnye, sis pkai aknicare stu jenis shje ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam.... ya sis. Saya pakai aknicare ni satu jenis sahaja iaitu Treatment Lotion

      Padam
  42. assalam, cik pkai aknicare stu jnis shje kew ?? sbb dy ad yg cream, lotion dll

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam... ye. Saya pakai satu jenis sahaja iaitu Treatment Lotion ^^

      Padam
  43. Bru2 ne try sabun muka, 2mggu slps tu kluar jrwat byk kt muka.. mcm mna ya?? Dri muka tiada jrwat,skg byk pla..suda stop pakai sabun tu :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika muka keluar jerawat selepas menggunakan sabun tersebut, better stop kerana ia petanda tidak sesuai dengan kamu. Tukar dengan produk lain atau kembali kepada produk asal.

      Padam
  44. Alhamdulillah. untuk yang masih mencari jalan penyelesaian masalah jerawat, bole lihat di Klinik Ku Wangsa Maju. FB: Klinik Ku, Ig : klinikjerawat_jeragat. Aknicare lotion juga ada dijual dgn hrga RM120

    BalasPadam
  45. Orang kata, kalau muka jenis senang naik jerawat ni pilih produk muka yang water-based..supaya tak menutup pori muka..

    BalasPadam
  46. Balasan
    1. Hi. Harga Waazu adalah RM35 sahaja

      Padam

Terima kasih!