Jumaat, 7 Mac 2014

Trip to Jakarta - Part 3

Hari ketiga ada program kunjungan ke SMA Labschool Rawamangun dan Universiti Negeri Jakarta. Seronok jugalah bertemu orang-orang kat sana. Dapat rasa kuih-muih Indonesia. Tak banyak beza dengan kuih Malaysia cuma saiznya lebih comel. Dan orang Indonesia juga sukakan pedas. Ada certain kuih yang dimakan bersama cili padi hijau. Mula-mula tak berani makan tapi bila lagi nak try kan? Sedap juga. :-)

Dah habis program... kira nak pergi jalan-jalan ke shopping mall. Tak ingat apa nama complex tu tapi semuanya barangan berjenama. Ala-ala 1Borneo. Oleh kerana dah disetkan masa tiga jam untuk berada di complex tu dan saya pun tak tau nak beli apa, lastly tengok wayang. Banyak wayang hantu pula yang ditayangkan masa tu. Tak nak tengok wayang hantu, then tengok wayang Street Society. Wayang Indonesia. Pelakon memang cantik + handsome. Jalan ceta pun best.

Dah puas tengok movie, blah balik. Mata dah ngantuk. Yalah. Kalau di Malaysia jam 10pm, kat Jakarta baru jam 9pm. Tapi no hal la tu. Hehehe.... mesti nak enjoy di negeri orang. ;-)

Tugu di Universitas Negeri Jakarta

Kedai runcit di area Rawamangun

Tengah meeting

Muka penat -_-


Street Society

Kuih muih yang comel dan lazat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!