Sabtu, 14 Disember 2013

Labuan With Amy - Part 1

Yeah.... akhirnya berjaya juga plan kami berdua ke Labuan. Cuma plan dah bertukar sikit sebab mum pun nak ikut sama melawat kampung. Jadi Labuan mari dari 12 - 14 Disember 2013. ^^

So far perjalanan semuanya lancar. Syukur alhamdulillah.... 

Dimulakan dengan perjalanan saya amik Amy kat area 1 Borneo, lepas tu pusing balik amik mum kat rumah dan terus blah ke Menumbok. Cuaca cerah dan kereta juga tak banyak sangat. Cuma lori la yang buat perjalanan slow :-(

Then sampai ke terminal feri Menumbok. Tapi kami naik speed boat. Keta tinggal kat Menumbok dan saya pun parking di tempat paling baik punya. RM10 semalam untuk parking yang ada atap. Tak apa la. Yang penting keta okay. 

Sampai di Labuan, terus sewa kereta. Mula-mula nak Viva Auto tapi semua pun dah habis.... jadi amik Kelisa. RM80/day, tapi oleh kerana amik 2 hari.... dapat murah RM70/day sahaja. Sebab kenapa sewa kereta? Sebab feri Labuan-Menumbok dah tak ada tiket sampai ke hujung tahun. Agak frust juga sebab kalau tak... mesti boleh extend sampai 15 Disember, tapi tak apa la. Lain kali boleh pergi lagi. Kalau bawa keta sendiri lagi murah sebab tambang keta pulang balik adalah RM80 sahaja. Tiket penumpang feri RM2.50 berbanding speed boat... RM7.50 seorang.




Sampai saja kat rumah aunty.... rehat dulu dalam setengah jam. Lepas tu blah terus ke destinasi. Sempat kami ke Muzium Chimney untuk tengok apa yang menarik. Then melawat Chimney terus (rindu gila tempat ni sebab bekas tapak rumah arwak atuk dulu. Pokok mangga tu masih wujud sampai sekarang).


Tapi sebelum kami ke Chimney, kami ke Taman Burung Labuan terlebih dahulu. Bayaran masuk RM3 untuk dewasa. Best juga la dapat round tengok burung. 

 Keseronokan berterusan masa kami melawat ke Taman Damai. Sepanjang perjalanan tu asyik nampak pantai, hati betul-betul rasa tenang. By the way, taman ni banyak sejarahnya. Lagipun tempat tu cantik, bersih dan memang damai la....



Berdekatan Taman Damai, ada pantai. Apa lagi, terus meluru ke pantai la. Cuaca cerah, redup pula..... nah! Memang best la. Rasa tak puas pula dan nak pergi lagi! Then amik gambar yang ntah apa-apa.

Itu la cerita untuk hari pertama. Kira lewat petang tu nak panggang sayap ayam, tapi tetiba hujan. Tak jadi la panggang ayam. :b

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!