Khamis, 22 Ogos 2013

Desa Cattle, Kundasang - Cantik!

Kebetulan masa tu amik cuti. Dan dah plan untuk ke tempat yang jauh sikit daripada bandar. Jadi pilih ke Kundasang. Memang teringin nak pergi ke Desa Cattle sebab nak rasa suasana ala New Zealand. 

Kalau nak ke Desa Cattle, tiket masuk harga RM4. Adalah dinasihatkan bagi sesiapa yang guna kereta rendah, jalan agak berliku sikit. Jadi keta pandai sangkut juga la. Nak senang better guna four wheels. 

Dah masuk ke area Desa Cattle, boleh pergi kat kilangnya sekali. Ada jual fresh milk harga murah sikit berbanding kat supermarket. Memang best la. Boleh amik gambar cantik-cantik. Selalu kalau orang amik pre-wedding shoot pun kat sini juga. Tak rugi singggah kat sini sebab tempat ni sejuk. Cuma ada area bau kureng sikit sebab.... yalah.... ladang lembu.

Tapi apa-apa pun, tempat ni perfect untuk di lawati.







-
-
-
-
-

Ni kat War Memorial, Kundasang. Tak jauh dari Desa Cattle.

4 ulasan:

  1. pi dgn sapa ni kak ? weeee
    di sni kan yg ada lembu2 yg hitam putih tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni pergi ngan Hafiz. Ha ah. Kt sini la tu yg ada lembu hitam putih tu. cantik tempat ni ^^

      Padam
  2. waaa...best2....
    nasib kundasang jauh... -_-
    mau tgk itu lembu...

    BalasPadam

Terima kasih!