Sabtu, 31 Ogos 2013

Beautiful Danum Valley

Danum Valley terletak di Lahad Datu, Sabah. Maklumat lanjut sila layari Danum Valley, Sabah

Nak lagi thrill perjalanan ke Lahad Datu, bawalah kereta. Make sure  kereta four wheels sebab bila masuk kat Lembah Danum nanti, tentunya bukan jalan tar. Lebih kurang dalam 1 jam lebih juga perjalanan dari simpan Lembah Danum masuk ke dalam research area tu. Dan memang tak ada line kalau masuk ke dalam tu. Tapi tak apa, ada Borneo Rainforest Lodge untuk kemudahan tempat tinggal dan internet. Untuk pengetahuan, Prince William and Kate Middleton juga pernah melawat Danum Valley. ^^

Sebenarnya hari tu ada lawatan Pengerusi LPU UMS ke Danum Valley. Jadi saya join sekali. Ada macam-macam aktiviti yang dijalankan seperti safari night, canopy walk, tree planting etc. Untuk makluman, semasa bulan mengambang.... binatang tak keluar memburu dan cari makan. Mereka agak malu-malu sikit masa tu. Jadi kalau buat safari night time bulan mengambang, agak tak berapa best la. Masa lawatan kami tu pun bulan tengah terang. Tapi nampak juga beberapa red giant flying squirrel dan berjaya tengok benda alah tu terbang hinggap kat pokok lain.

Ada aktiviti canopy walk juga dimana kita leh naik kat atas pokok yang tinggi-tinggi tu (ada jambatan disediakan). Memang best kalau jalan awal-awal pagi. Lepas kita dah jejak tanah balik, kita jalan kaki pergi lodge. Sana kita boleh tengok binatang seperti mouse deer, orang utan, hornbill dan lain-lain. Yang paling famous kat Danum Valley ni tak lain tak bukan.... Pacat Ada macam-macam jenis pacat tapi yang bikin takut tu Tiger Leech sebab size dia besar sikit banding yang lain. Orang lain tak kena hinggap pacat pula tapi saya kena 3x pacat. 2 kecil, 1 besar. Nasib baik saya tak geli pacat. Haha XD Dan nasib juga la pacat tu tak sempat hisap darah sebab saya pakai sarung kaki khas dan baju lengan panjang.

Kepada sesiapa yang nak datang melawat Sabah, jangan lupa singgah ke Danum Valley di Lahad Datu. ^^






-
-
-
-
-
-
-
Sempat singgah ke Kundasang, Sabah sebelum teruskan perjalanan ke Lahad Datu

9 ulasan:

  1. hai,salam.. sy silent reader blog ni.. suka baca apa yna tulis.. best.. :) btw, mana beli sarung kaki khas yg warna hijau tu? mcm best jak pakai tu.. pacat x dpt masuk ka klo pakai tu? and gambar yna ambik pakai kamera apa? sbb nampak besar gmbr2 tu.. cantik2 gmbr.. pandai yna ambik gmbr..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi... salam. Tq sebab suka baca blog saya.

      Sarung kaki tu kalau kita pergi dDanum valley, mmg ada kena bagi. tapi ada extra bayar lagi. dalam RM15 x silap saya. tapi saya pergi songlap terus bawa balik. Hehehehe... Mmg pacat x dpt masuk sbb tu style dia mcm stoking kita pakai selalu tu. cuma besar.

      kamera pakai hp saja. Lepas tu edit guna instagram. ^_^

      Padam
    2. hehe wsalam.. ya siuk ba baca.. byk info berguna ni.. ;) oh ok2.. tq ah.. mmg mo cari tu sarung kaki.. sbb suka jgk hiking tp takut pacat.. hehe.. anyway, salam perkenalan :)

      Padam
    3. Salam perkenalan juga :-) Hehe~

      Padam
  2. Boleh masukmlist la danum valley ni, pengetahuan kurangnpasal sabah... Kalau prince william n kate dah sampai sah danm valley memang best ;)

    BalasPadam
  3. Mcm mana nak ke Sana
    Saya dari KL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Untuk mudah, pre arrangement boleh buat dengan travel agent. For more info:

      http://www.sabahtourism.com/destination/danum-valley-conservation-area

      atau

      http://homepage.ntlworld.com/tony.coatsworth/info/Danum.htm


      Boleh juga terus berhubung ke Yayasan Sabah kerana Danum Valley adalah dibawah seliaan Yayasan Sabah. Masuk ke sana perlu mendapat kebenaran pihak Yayasan Sabah terlebih dahulu.

      Jika perjalanan dari KL, boleh ambil flight dari Kuala Lumpur - Lahad Datu. Lepas tu kena ada transport untuk masuk ke Danum Valley.

      Padam

Terima kasih!