Rabu, 29 Mei 2013

Mabul World Turtle's Day - My Perspective

Memang saya gilakan laut yang cantik. Dan sangat excited bila Prof suruh saya ikut ke Pulau Mabul, Semporna untuk menghadiri Mabul World Turtle's Day. Dalam kepala otak memang dah terbayang laut yang biru dan cantik..

Okay. Kami berjalan menggunakan jalan darat. Saya balik kerja jam 5.30PM, terus siap mandi (tak sempat makan) dan terus blah balik ke UMS. Dalam jam 10PM, kami dah bertolak. Dalam kereta memang ngantuk. Tidur.. bangun... tengok internet.... tidur balik.... bangun... tengok internet dan seterusnya. Saya ingat lagi jam 2 pagi kami singgah makan maggi goreng sambil tengok cerita Indonesia. Sampai kat Semporna kira-kira jam 7 pagi. nak check in hotel... tak terima pula sebab masa check in adalah jam 12.00PM. Last-last duduk kat Seafest Hotel dan syukur kerana mereka terima juga check-in waktu pagi gitu dan check out jam 4PM. Ngam pula staff bahagian korporat ada kat sana, jadi saya tumpang bilik mereka saja la Tak lama pun nak check in kat sana... Just untuk mandi dan tukar baju saja sebab event start jam 10.45AM kalau ikutkan jadual.

Tak kisah mata tak cukup tidur... itu bukan penghalang. After breakfast dan bersiap, kami terus ke jeti pelancong. Naik boat dan lebih kurang sejam juga nak sampai dari Semporna ke Mabul. Pemandangan sangat indah. Walaupun ada hujan kejap tapi tak jadi masalah.


Dah sampai Pulau Mabul... rasa excited sebab air sangat jernih. Boleh nampak tapak sulaiman tu kat dalam laut. Punya la saya suka. 



Masa start event, semuanya okay. Event dirasmikan oleh Datuk Pang Yuk Ming, Assistant Minister for the Ministry of Tourism, Culture and Environment Sabah... bertempat di Uncle Chang's Sipadan Mabul Dive Lodge. Seronok dapat tengok penyu kena tagging. Sempat juga saya pegang penyu tu tapi tak sempat amik gambar. Mana lagi laut yang cantik... betul-betul seronok dapat bertugas waktu tu. Dapat berkenalan ngan ramai orang lagi.... Weeeee ^^


Naik bot polis ^^

Pulau Bohey Dulang yang sangat cantik

Posing jap

2 ulasan:

Terima kasih!