Selasa, 1 Januari 2013

Cuti-Cuti di Kundasang, Ranau (Senarai Hotel / Resort / Homestay / Chalet / Resthouse / Backpacker)

Kalau ada masa lapang, bawa la keluarga ke Kundasang. Bukan sahaja pemandangannya cantik, ada beberapa tempat peranginan yang boleh dilawat, cuaca yang sejuk dan nyaman... malah ada banyak tempat penginapan yang boleh menjadi pilihan anda. Nak yang selesa pun ada... nak yang bajet pun lagi banyak.

Sedikit tips nak melawat ke Kundasang. Apabila masuk musim cuti sekolah biasanya tempat penginapan FULLHOUSE. Untuk mengelakkan tak dapat hotel, kena buat booking awal. Untuk cara lebih mudah buat booking, sekaligus compare harga tempat penginapan, boleh layari website seperti Booking.com, Agoda atau Trivago.

Tapi tak semua tempat penginapan disenaraikan di dalam website tersebut. Cara alternatif ialah melayari website setiap hotel untuk maklumat lanjut.

Sebelum tu, nak share ngan anda gambar saya sewaktu di Kundasang pada tahun 2013.

   Walaupun saya orang Sabah, ni adalah kali pertama saya ke War Memorial Kundasang. Tiket masuk adalah RM2. Terletak tak jauh dari pekan Kundasang. Cantik kalau buat photoshoot kat sini




Banyak jual buah-buahan dan sayur-sayuran di pekan Kundasang

Selain itu, ada beberapa tempat pelacongan lain yang anda boleh lawati di Kundasang seperti Desa Cattle Farm, Kinabalu Park, Sabah Tea Garden dan Kolam Air Panas Poring



SENARAI TEMPAT PENGINAPAN DI KUNDASANG DAN RANAU (updated 12 Julai 2016)
  1. Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa (Perkasa Hotel)
  2. The Cottage Hotel
  3. Strawberry Garden Hotel
  4. Kinabalu Pine Resort
  5. Celyn Resort
  6. Mesilau Nature Resort
  7. Puncak Borneo Resort
  8. Seri Kinabalu Resort Kundasang
  9. Dream World Resort
  10. TM Resort Kundasang
  11. D'Villa Rina Ria Lodge
  12. Walai Tokou Homestay
  13. Kinabalu Rose Cabin 
  14. Fairy Garden Resort 
  15. U-Merlin Resort (088 889 366)
  16. Golden Kundasang Highlands (019 831 23 85)
  17. Nabalu Kundasang Lodge
  18. J Residence 
  19. Kiram's Village Cabin
  20. Panorama Resort (088 216 025 / 216 026 / 216 027)
  21. Mountain Resthouse (016 837 4060)
  22. Bayu Lodge (088 889 693 / 013 853 2145)
  23. Mile 36 lodge a.k.a Sony Village Lodge
  24. Kinabalu Mt. Lodge 
  25. Nikgold Garden Resort 
  26. Kundasang Guesthouse (017- 831 8797) 
  27. Ayana Holiday Resort
  28. Sabah Tea Garden Cottages (088 440 882)
  29. Maya Homestay
  30. Delightful Holiday Inn
  31. Liwagu Lodge
  32. MK Hotel
  33. Lodge 37
  34. Ranau Country Lodge
  35. Slagon Homestay
  36. Arnab Village Homestay
  37. Jabez Resort
  38. Kundasang Rosewood Home Cottage Lodge
  39. Kundsang Inn
  40. Sunduan Lodge
  41. Sinurambi Homestay
  42. Soboroong Farmer's Cottage
  43. Wind Paradise Mongolian Yurt
  44. Salman's Lodge
  45. Anjung Rehat Jamsari
  46. Midori Homestay
  47. Kopi Valley
  48. Rocky Mountain Lodge Kundasang
  49. Alpine D'Bayu Chalet
  50. Kinabalu View Chalet
  51. H.Benjamin Residence
  52. Kundasang Greenhill Homestay
  53. D'Arsyah Homestay
  54. Jungle Jack Backpacker
Ada banyak lagi homestay kat Kundasang dan boleh tengok signboard kat tepi jalan

Credit to Beautiful KK.com

10 ulasan:

  1. salam. yana mau tnya, awk tnggal kat mana time ni? ok x tempat tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Masa tu saya tinggal kat U-Merlin. Tu resthouse saja. Biasa2 saja tempat tu. kalau mau best sikit saya cadangkan kat Pine Resort. Sana cantik pemandangannya. Kat Perkasa Hotel pun cantik atas bukit lagi tapi mahal ckit

      Padam
    2. Brpa la rate tinggal kat u-merlin?

      Padam
    3. Kalau tak silap dalam RM80 semalam

      Padam
  2. A'alaikm Yna, boleh sis guide sy mana lagi homestay / resort terbaik utk bermalam di Kundasang? Kalau sy tak bermalam di Kundasang pergi pagi pulang petang, balik hari perjalanan memenatkan ke atau tidak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumusalam.... kalau nak yg cantik kat Dreamworld tapi rate agak mahal juga. dalam RM200+ Pine resort murah berbanding Dreamworld. Tapi kalau nak rate murah dlm RM80 semalam... boleh tinggal d homestay. Mana2 homestay pun ok tapi yang paling famos kat Walai Tokou. Dekat dengan pasar yg jual banyak sayuran n bunga2.

      Ramai juga yang pulang balik. dari kota kinabalu ke Kundasang anggaran dalam 1 jam 30 minit. seronok lagi tinggal 1 malam. Nak makan best2 boleh try sayap ayam panggang terkenal di Kundasang. Heheh

      Padam
  3. assalamualaikum....saya bercadang nk ke sana januari 2014 ni...boleh tak awak bagi tip dari airport nk ke sana tu mcm mana...dan brapa jam perjalanan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikumusalam.... kalau ke kundasang.... perjalanan dalam 2 jam atau kurang (Airport KK - Kundasang). banyak tempat menarik sebelum sampai kundasang. Boleh singgah ke Pekan Nabalu etc. Kalau masa tu cuaca redup lagi best. banyak kabus. Cuma sekarang ni banyak lori,mungkin perjalanan slow ckit nak ke sana.

      Utk pengangkutan boleh sewa kereta. Sewa keta kat sini rate untuk Viva dalam RM90 sehari. Myvi, Saga dalam RM100+. Kalau nak ikut tour pun boleh. ada banyak travel agent di KK yg buat tour dalam negeri. Try masuk link ini:

      Utk day tour
      http://www.mudah.my/Day+tour+kinabalu+park+dan+poring-18025099.htm

      Untuk bermalam (3D 2N)
      http://www.borneoseriestours.com/packages-sabah-3d2n-kundasang-special

      2D tour
      http://www.highcountryborneo.com/package2.php

      Ada juga yg naik.... kiranya macam teksi juga la cuma guna keta Unser. Boleh cari kat Bandaran, Kota Kinabalu. Biasa kalau orang balik kampung tak nak naik bas pun ikut yang tu.

      Biasanya lagi senang kalau naik keta sendiri sebab boleh pergi mana2 sahaja. Ada banyak homestay kat sana. atau hotel / resort. Utk peak season kena book awal sebab ramai org dtg bercuti. Tapi utk 1st timer.... ikut tour pun boleh cuma mungkin rate ada mahal ckit banding jalan sendiri. :-)

      Selamat datang ke Sabah. Have fun!

      Padam

Terima kasih!