Jumaat, 3 Disember 2010

Konvokesyen UiTM ke-73

Dari kecil masuk sekolah tadika. Lepas tu masuk sekolah rendah. Lepas tu masuk sekolah menengah... seterusnya ke Universiti. Mula-mula tamat Diploma. Then tamat Ijazah Sarjana Muda pula. Lepas ni tamat Sarjana dan paling last sekali tamat PhD. In Shaa Allah kalau ada rezeki nak sambung ke seterusnya lagi.

Masa saya berkonvo.... rasa sangat seronok. Dapat jumpa balik kawan-kawan sekelas dulu. Rasa rindu sangat kat mereka. Walaupun ada beberapa masalah ketika sebelum konvo berlangsung, syukur kerana semua dah selesai. Berkat doa kepada Allah dan pertolongan kawan, semua dah ok. 

Hehe. Berbalik kepada cerita konvo. Berlangsung pada jam 2 petang, sesi ke 8. Kali ni jubah lain sikit sebab ada hood. Dulu masa Diploma tak ada. Dapat bergambar bersama rakan-rakan tersayang. Terima kasih kepada mereka. Selamat maju jaya!

Sekarang saya dah kerja di UMS. Jadi kena minta cuti selama 3 hari untuk pergi ke Konvo tu. Mula-mula memang tak nak pergi tapi bila fikir balik, rugi pula kalau tak pergi kan?

Harap-harap bila dah tamat peringkat Sarjana, nak konvo on-time juga. Saya ingat lagi masa konvo tu. Saya dapat beberapa panggilan telefon daripada pejabat kerana hal kerja. Masa tu dah nak amik skrol pulak tu. Dan semasa berbaris di luar dewan, saya sempat lagi call Popoy (rakan sekerja), tanya progress pembentangan KIK bagi kumpulan kami.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!