Rabu, 2 Jun 2010

Kolam Air Panas, Poring

Poring tak sejuk seperti Kundasang. Tetapi sesuai untuk penggemar jungle tracking + suka outdoor activitiesm Kolam air panas Poring dah banyak berubah sekarang. Sekarang dah bertambah cantik :-)

Selain itu ada juga Kebun Kupu-Kupu dan canopy walk tak jauh dari sana. Ada Gua Kelawar dan macam-macam lagi. Gambar-gambar tu antara view yang sempat saya ambil. Perjalanan tak jauh dari Ranau. Dalam 30 minit dah sampai. Udara di sana sangat nyaman sebab sekeliling kolam tu adalah hutan belantara. Boleh tengok betapa cantiknya air terjun Mamut. Tapi hati-hati! Airnya sangat deras!

Ya. Selain kolam mandian tebuka, juga terdapat kolam mandian tertutup. RM15 untuk 1 jam. Sesuai untuk pengunjung yang inginkan privacy.

Saya sempat juga singgah ke Pekan Ranau pergi mencari makan. FYI... Pekan Ranau tak besar sangat tapi ada masa boleh jadi traffic jam kerana tamu (pasar).






Nak tau lebih lanjut mengenai Poring Hot Spring, sila klik link ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!